Aura Masih Berbisa & Tampil Menawan, Peminat Teruja ZAKIAH ANAS Kembali Baca Berita!

Aura Zakiah Anas masih berbisa! Kemunculan personaliti TV ini dalam Buletin Utama baru-baru ini nyata mengubat kerinduan peminat. Tidak hanya cantik seperti dulu, lenggok bahasa Zakiah menyampaikan berita berjaya menggamit kembali memori kegemilangannya ketika penyampai berita zaman 90an.

Sebut saja nama Zakiah Anas, pasti ramai yang turut menggingati gaya penyampaiannya mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun tak dinafikan aura Zakiah masih terkesan di hati penonton sampai sekarang.

Dalam Buletin Utama 26 Mei, wanita cantik ini kelihatan penuh bertenaga dalam persalinan blazer mint green dan selendang merah jambu. Gaya penyampaiannya masih seperti dulu, tenang dan jelas!

Sekaligus membuatkan penonton tak berganjak mendengar berita yang disampaikan isteri Raja Shahrul Azmi Raja Sahar ini.

Credit Instagram @tv3malaysia
Credit Instagram @tv3malaysia
Credit Instagram @tv3malaysia
Credit Instagram @tv3malaysia

Kongsi Zakiah di Instagram miliknya, “Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat pernah cari makan.”

Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan gembira dapat melihat kembali personaliti TV popular ini beraksi di depan kamera.

Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar (voice over) untuk pelbagai program.

Credit Instagram @zakiahanas
Credit Instagram @zakiahanas
Credit Instagram @zakiahanas

Ramadan lalu, Zakiah sibuk berniaga koleksi busana kurta dan blaus wanita jenamanya sendiri iaitu Anaz by Zakiah Anas di ruang Busana Mara, Menara Mara, Kuala Lumpur.

Zakiah Anas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi pada 12 Disember 2012 dan Disember nanti merupakan ulang tahun ke-10 pasangan romantis berkenaan.

Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.

Share
Published by
Suzi