Kegembiraan berganda buat pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican, malah tentunya ibu kesayangan, Kak Ton apabila selamat menimang cahaya mata sulung pada bulan Ramadan.
Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar berkongsi berita gembira itu sambil berkongsi butir kelahiran anakanda tercinta.
“11.51PM 26/3/23 5 Ramadan
Alhamdulillah Ya Allah,
Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina binti Mohd Harris.”
MasyaAllah, paling suka bila bayi perempuan seberat 2.76kg itu diberi nama Aura Medina atau bermaksud ‘Cahaya Madinah’. Memang besar maknanya!
Asha Merican selamat melahirkan di Hospital Pakar KPJ Perlis pada Ahad, kira-kira pukul 11.51 malam. Selebriti ini terpaksa melahirkan secara pembedahan selepas proses kelahiran normal gagal.
Menurut sumber Mstar, isteri Aboy dijangka bersalin pada 10 April depan namun sudah terdapat tanda-tanda kelahiran dan bukaan sebanyak 2cm.
Harris turut menerangkan bahawa isterinya membuat permintaan untuk bersalin di Perlis kerana ingin dijaga oleh ibunya sendiri sepanjang tempoh berpantang.
Dikenali sebagai anak bongsu dan paling manja dengan ibunya, berita kelahiran Aura Medina pastinya menambah seri keluarga pengasas kosmetik tersebut. Tambahan pula menjelang Hari Raya nanti, pasti meriah keluarga besar ini dengan tangisan bayi!
Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan merupakan Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd. Sejak kemunculan Kak Ton pada tahun 2002, tagline
popularnya ‘Comel Tak Kak Ton’ masih diingati hingga sekarang.Mesra dengan panggilan nama Aboy, anak bongsu Kak Ton ini turut menjentik hati peminat apabila memberi pesan kepada isteri dan anaknya sewaktu di hospital.
“Ingat tau sayang. Kebahagiaan bukan dengan duit, kebahagiaan bila kita ada Allah.” Harris Annuar
Sebelum ini Aboy, 30 tahun, pernah berkongsi keadaan isterinya sepanjang melalui fasa kehamilan yang berdepan pelbagai alahan pelik. Antaranya muntah apabila mendengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris dan terpaksa bau simen di kawasan tangga kecemasan bagi menghentikannya.
Dalam pada tu, isteri Aboy juga pernah mengidam bermain lato-lato dan beliau dalam keadaan terpaksa ‘melayan’ permintaan tersebut bagi menjaga hati ibu mengandung.
Untuk rekod, Aboy yang juga peserta rancangan Hero Remaja musim 2017/18 ini selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan juga model, Asha Merican pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun bercinta.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
This website uses cookies.