Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.

IKLAN

Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.

Aura PEMBACA BERITA Masih Ada, Netizen Kagum Sisi Elegan TENGKU PERMAISURI SELANGOR!

Aura PEMBACA BERITA Masih Ada, Netizen Kagum Sisi Elegan TENGKU PERMAISURI SELANGOR!

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.

Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bvu93vUlATk/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=10da9wslti7xl

Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”

IKLAN

Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.

 

Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI