Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 18 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini.

IKLAN

Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan!

Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.

Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.

Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan!

Hasil perkahwinan selama hampir 17 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

IKLAN

Pada 8 Januari 2021, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dilihat merasmikan acara pembukaan butik SR Design. Seperti kelaziman, penampilannya telah menarik perhatian ramai. Anggun mengenakan blouse corak berbunga lembut dan tudung bawal polos berwarna putih, kejelitaan Pengiran Anak Sarah jelas terserlah!

Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan! Aura PENGIRAN ANAK SARAH, Wajah Lembut & Cantik Personaliti Diraja Brunei Ini Jadi Tumpuan!

Sekitar empat tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menjalin berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia terkenal, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.

IKLAN

 

Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI