Tumpang gembira dengan kehidupan penyanyi muda, Syasya Rizal sekarang. Bukan hanya ‘berhijrah’ dari segi penampilan ke arah lebih baik dan menutup aurat, bahkan kian bahagia melayari hidup sebagai isteri dan kini berstatus ibu.
15 Januari lalu, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal genap berusia 24 tahun. Tindakan figura ini yang nekad berundur daripada menjadi anggota kumpulan wanita popular, Dolla dari tahun 2019 hingga 2024 nyata mengejutkan peminat.
Difahamkan Syasya Rizal meninggalkan kumpulan itu ketika kerjaya seninya berada di puncak dan atas sebab peribadi. Bagaimana pun dia tidak menoleh ke belakang dan makin ‘laju’ merencana masa depan.
Pelancaran lagu raya baharu ‘Raya Pum Pang’ bersama Fazura pada 7 Mac lalu mendapat sambutan hangat daripada pendengar. Sehingga kini, lagu berkenaan meraih hampir sejuta tontonan di saluran YouTube.
Jelitawan ini turut menyifatkan momen dapat kembali rakam lagu raya ini seperti hadiah kecil untuk peminat yang merindui suaranya. Malah dia juga menampilkan anak lelakinya dalam video muzik Raya Pum Pang.
Syasya Rizal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2024 yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa dan berdisiplin, dia juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.”
Tak hairanlah Zara sentiasa nampak berseri-seri. Bahkan orangnya memang ceria dan ‘murah’ dengan senyuman!
Bakal menginjak ke usia 53 tahun April ini, dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan iaitu Datin Sri Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri.
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“penjagaan asas kulit amat penting. setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya. ini kerana, Kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
“Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda. Bila jiwa bahagia dan tenang secara tak langsung ianya akan terserlah pada seri wajah.
Tahun ini masuk tahun ke-8 usia perkahwinan Datin Sri Noniswara dan suami. Menurut Datin Sri Noniswara, selain gemar bergurau Dato’Sri juga seorang yang manja serta happy all the time.
“Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila usia meningkat, kita dinasihatkan pakai serum. Serum dikatakan bertindak lagi hebat daripada krim pelembap. Tapi tahukah apa sebenarnya fungsi serum kepada kecantikan kulit?
Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair jernih, bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia juga sering dipanggil sebagai eliksir. Walaupun sering dibotolkan dalam sebuah botol yang kecil tetapi serum mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Serum biasanya memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi, atau eksfoliasi.
Semua keperluan untuk mengekalkan kecantikan terdapat di dalam serum termasuk vitamin dan antioksida yang berfungsi menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh, pantas, mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa. Kuasa serum meresap jauh ke dasar kulit melalui molekul zatnya yang merupakan partikel kecil dan bekerja jauh lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding krim wajah biasa.
JENIS-JENIS SERUM
(a) Serum Vitamin C
Serum vitamin C memainkan peranan sebagai antioksida pada kulit dan berfungsi untuk mencegah dan melambatkan proses penuaan kulit lebih awal daripada usia. Seleksi serum yang terdiri daripada vitamin C adalah terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Malah serum yang mempunyai manfaat vitamin C ini mempunyai sifat antiradang.
Ini bermaksud serum ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Kebiasaannya serum yang berupaya mencerahkan kulit ini mempunyai kadar vitamin C yang agak rendah sekitar 15 peratus sahaja. Kadar ini boleh meningkat menjadi 20 peratus untuk mengatasi masalah kulit yang bermasalah.
(b) Serum Vitamin E
Nutrisi yang terdapat dalam serum vitamin E lebih mudah larut dalam minyak sehingga memiliki konsistensi yang lebih berat daripada vitamin yang larut di dalam air. Serum vitamin E ini adalah pilihan terbaik buat mereka yang mahu merawat kulit rosak. Serum vitamin E juga membantu kulit agar lebih lembap dan mengunci kadar kelembapan semula jadi di bawah kulit.
Malah serum ini juga boleh membantu melindungi kulit daripada pencemaran akibat asap rokok dan kenderaan. Selain itu, serum vitamin E ini dapat memulihkan kulit terbakar akibat sinar UV dengan lebih cepat. Antioksida yang terdapat di dalamnya dapat meneutralkan efek radikal bebas sehingga kesan pedih boleh hilang dengan cepat.
(c) Serum Kolagen
Kolagen merupakan struktur asas kulit. Ia terdiri daripada asid amino dan vitamin untuk menentukan ketegangan kulit. Kandungan kolagen semula jadi di dalam badan bergantung kepada faktor usia, cara pemakanan dan gaya hidup. Kolagen adalah 30 peratus daripada protein di badan kita. Ia perlu untuk menentukan kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan organ-organ lain dalam badan seseorang.
Tubuh manusia akan kehilangan kolagen di antara 15 hingga 20 peratus akibat peningkatan usia. Pada saat kolagen di dalam tubuh berkurangan, fungsi dan keanjalan kulit berkurang secara relatif. Serum kolagen bermanfaat untuk membentuk jaringan parut dan ligamen untuk mempercepatkan proses penyembuhan jerawat dan bekasnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.