Tiap kali melihatnya pasti ramai yang tertarik dengan wajah comel dan lesung pipit yang dimiliki Preity Zinta. Dilahirkan pada 31 JanuarI 1975 di Shimla, Preity merupakan graduan Bahasa Inggeris dan pernah mengikuti pengajian Psikologi Jenayah dari St. Bede’s College, Shimla. Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini dia memilih untuk tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough.
Preity merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya Deepankar merupakan anggota tentera India sementara adik lelakinya pula iaitu Manish tinggal di California. Bapa Preity, Durganand Zinta ialah bekas tentera India dan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia baru berusia 13 tahun. Disebabkan kemalangan tersebut, ibunya Nilprabha hanya mampu menjadi suri rumah.
Menerusi portal Hans India, Preity Zinta cukup prihatin soal kecergasan tubuh badan dan kecantikan wajah dengan menitikberatkan pengambilan diet seharian. Tidak hanya mencatu makanan yang boleh menyebabkan berat badan bertambah, dia juga mengamalkan pengambilan air secukupnya untuk memastikan kecantikan dalam dan luaran sentiasa terpelihara.
Kira-kira enam tahun lalu Preity pernah berkongsi sakit belakang yang dialaminya di laman Twitter akibat kekurangan Vitamin D. Ujar pelakon Veer-Zaara ini, “Saya mendapati kebanyakan masyarakat India mengalami masalah yang sama.” Enggan perkara tersebut terus berlarutan, Preity berkongsi tip yang diamalkan kepada para peminat.
* Makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengambil sekurang-kurangnya enam ke tujuh hidangan kecil
* Minum air kosong secukupnya
* Elakkan pengambilan kanji dan karbohidrat seperti roti putih, pasta dan nasi. Sebaliknya pilih roti gandum penuh atau roti bijirin.
* Elakkan menikmati jus buah-buahan. Adalah lebih baik menikmati khasiat buah-buahan tersebut tanpa dijadikan jus.
* Praktikkan senaman ringan pada setiap pagi dengan perut yang masih kosong. Jika tidak mampu berbuat demikian, amalkan rutin senaman ringkas seperti berjalan. Misalnya dengan melakukan brisk walk.
Menyentuh penjagaan kulit wajah pula, aktres popular Bollywood ini mengamalkan khasiat lobak merah yang dipercayai mampu menyingkirkan toksik dalam badan, mencegah dehidrasi dan menjadikan kulit lebih bermaya. Malah, dia juga memastikan penggunaan pelembap dan penyegar wajah setiap hari selepas membersih muka.
Selain mengambil nutrisi lobak merah, Preity turut gemar menikmati khasiat buah betik dan sayur-sayuran hijau serta buah-buahan segar. Tambahnya lagi, tidur yang cukup
menjadi salah satu amalan yang patut dititikberatkan. Kekurangan tidur akan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah dan berupaya menambah selera. Waktu
tidur yang paling disyorkan ialah di antara tujuh hingga sembilan jam sehari.
Sumber: Hans India & Style At Life
This website uses cookies.