‘Auto’ Cantik Bila Pakai Hijab Ini! Mudah Bentuk & Rekaan Klasik, Patutlah Jadi Rebutan

Rambang mata tengok himpunan koleksi terbaharu, TudungRuffle! Hadir dalam pelbagai variasi warna menarik, jenama hijab popular ini melakar pencapaian tersendiri apabila menjalin kolaborasi sulungnya bersama jenama fesyen ternama, WooFiziWoo.

Pengasas TudungRuffle, Hanis Arif berkata dia teruja dan berbesar hati dapat berkolaborasi bersama pereka fesyen Fizi Woo untuk koleksi raya ini memandangkan label fesyen tersebut cukup disegani.

Selain mementingkan rekaan dan kualiti terbaik kepada pelanggan!

Fizi Woo dalam pada itu menyambut baik usaha sama berkenaan dan berpeluang menimba pengetahuan berkaitan selok-belok penghasilan hijab.

Apatah lagi, TudungRuffle merupakan antara jenama hijab popular dan sering menjadi rebutan para hijabi.

Koleksi raya ‘WooFiziWoo X TudungRuffle’, Woo Memory Lane ini dihasilkan dalam rekaan Bawal dan Shawl serta terbahagi kepada Woo Memory Lane Heritage dan Woo Memory Lane Mansion.

Ia mengambil inspirasi zaman kanak-kanak Fizi Woo di Pulau Pinang di samping mengetengahkan motif dan elemen tradisional serta warisan Baba Nyonya.

Terdapat 16 pilihan warna eksklusif untuk dimiliki termasuk rona warna bold dan pastel.

Bagi rekaan tudung bawal, ia dihasilkan daripada premium cotton voile. Manakala shawl pula menggunakan material matte satin silk.

Koleksi istimewa ini sudah pun berada di pasaran dan dijual di laman web rasmi TudungRuffle atau kunjungi butik TudungRuffle di IOI Mall, Putrajaya.

 

Share
Published by
Suzi