Meraikan sambutan hari lahir ke-40 pada 6 Ogos, akaun media sosial Awal Ashaari dihujani ucapan dan foto hadiah-hadiah yang diterima selebriti tersebut.
Sebagai anak seni dan usahawan gigih, sikap profesional Awal Ashaari cukup disenangi ramai. Kehidupan Awal bersama isteri, Scha Alyahya juga sering menjadi inspirasi pasangan romantis.
Namun sekeping foto Awal dengan anak perempuan keduanya, Lyla Amina paling menambat hati. Bayangkanlah, wajah bayi comel berusia 6 bulan ini persis seperti kakak sulungnya, Lara Alana!
Macam mana tak comel, mak ayah pun dah memang cantik dan segak. Makin membesar makin terserlah kecantikan anak-anak mereka! Nama Lyla Amina tu pun sedap sangat.
Tengoklah gambar-gambar terkini Lyla Amina ni. Alahai comelnya dia, geram betul…
Penantian hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung, Lara Alana, kehadiran Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari 2021 sesungguhnya menambah kebahagiaan keluarga kecil itu.
Kata Awal dulu, “Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi.
Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.
Selepas berbincang, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud hitam manis, jujur, dipercayai dan beriman.” Awal Ashaari
Begitulah makna tersirat di sebalik nama si comel Lyla Amina. Sama seperti kakaknya, pasangan ini turut berkongsi akaun Instagram khas untuk anak kedua mereka iaitu @lylaaminaa.
BAPA PENYAYANG
Scha Alyahya tidak ketinggalan berkongsi penghargaannya buat suami tercinta.
“Happy birthday to the most awesome, wonderful, incredible, handsome, loving, great hubby you are!
Have an awesome birthday Daddy! We love youuuuu!” Scha Alyahya
Didoakan semoga ulang tahun kelahiran Awal Ashaari ini dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang diberkati dan kebahagiaan berterusan. Terus juga menjadi suami dan bapa penyayang untuk famili, insyaAllah.
This website uses cookies.