Penjualan produk kosmetik palsu kini semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu, ramai peniaga yang menjualnya di pasaran terbuka serta secara online.

IKLAN

Dengan menabur janji 100% copy ori, murah dan macam-macam lagi, pelbagai taktik digunakan bagi melariskan barangan.

Awas! Blogger Kecantikan Ini Menderita JANGKITAN MATA Akibat Produk Mekap Palsu. Sebab Itu Mesti Pakai Yang ORI
Beauty of Girls

Apa yang tidak anda sedari, adalah risiko terhadap pemakaian kosmetik palsu contohnya yang berjenama Huda, Kylie, Benefit, MAC, Tarte serta sebagainya.

Dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu, sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing, malah najis tikus telah ditemui.

Awas! Blogger Kecantikan Ini Menderita JANGKITAN MATA Akibat Produk Mekap Palsu. Sebab Itu Mesti Pakai Yang ORI
Bdnews24.com

Paras toksin dalam sesetengah produk ini juga dikatakan boleh mencetuskan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan (infertiliti).

Pengalaman ngeri yang terjadi kepada blogger kecantikan dan pencinta mekap ini selepas mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk penggaris mata palsu patut dijadikan iktibar buat semua wanita.

Awas! Blogger Kecantikan Ini Menderita JANGKITAN MATA Akibat Produk Mekap Palsu. Sebab Itu Mesti Pakai Yang ORI

IKLAN

Memetik kata-kata Zaira Soriano dari Filipina, dia mula mengalami gatal-gatal dan bengkak yang teruk di garisan matanya kira-kira 3 jam selepas memakai fake eyeliner yang dibeli.

Awas! Blogger Kecantikan Ini Menderita JANGKITAN MATA Akibat Produk Mekap Palsu. Sebab Itu Mesti Pakai Yang ORI

IKLAN

Peristiwa itu membuatkan dia serik untuk membeli produk palsu. Zaira juga giat menguar-uarkan kepada pengikut Facebooknya agar tidak terpengaruh untuk membeli produk kosmetik murah sepertinya.

Awas! Blogger Kecantikan Ini Menderita JANGKITAN MATA Akibat Produk Mekap Palsu. Sebab Itu Mesti Pakai Yang ORI

Nona harapkan agar wanita-wanita yang gemar bermekap agar sentiasa memilih produk mekap yang tulen dan sah di kaunter kecantikan. Jangan mudah terpedaya dengan fake cosmetics kerana kita tidak mempunyai dua wajah untuk disalin-salin jika rosak!

Sumber: Facebook Zaira Soriano

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI