Amaran kepada peminat jenama Victoria’s Secret. Kepada anda yang telah membeli phone cases daripada Victoria’s Secret, pihak MixBin Electronics, LLC iaitu pengilang liquid glitter iPhone case telah membuat penarikan semula produk yang telah terjual dari semua butik Victoria’s Secret di seluruh dunia.
MixBin Electronics dan Victoria’s Secret memohon maaf atas penarikan ini kerana terdapat isu keselamatan pada produk phone case telefon iPhone tersebut. Menurut Pengerusi & CEO MixBin Electronics, LLC, Cory Zeitzer, terdapat kejadian baru-baru ini apabila cecair yang keluar daripada phone case tersebut menyebabkan iritasi kulit pada pemiliknya. Kejadian ini berlaku hanya apabila ia pecah atau rosak.
Jika situasi ini telah berlaku kepada anda, cepat-cepat basuh dengan air suam yang telah ditambah sabun di dalamnya. Jika berlaku iritasi pada kulit, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Dan jika anda masih menggunakan phone case tersebut, kami nasihatkan agar anda berhenti menggunakannya.
MixBin Electronics dan Victoria’s Secret juga mahu bertanggungjawab di atas kerugian pengguna dan akan membayar ganti rugi setiap phone case
yang telah dibeli di antara bulan Oktober 2015 hingga Jun 2017.Bagi segala urusan pemulangan semula dan ganti rugi, anda boleh menghubungi marketing.sg@valiram.com atau berhubung dengan staf di semua stor Victoria’s Secret. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.