Pada saat ramai wanita diserang kanser payudara, terdapat segelintir pula yang ghairah melakukan pembedahan membesarkan payudara. Lebih parah lagi, prosedur dibuat tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.
Sejauh mana rawatan membesarkan payudara ini selamat untuk wanita?
Membesarkan payudara dengan cara yang salah biasanya mengundang kerosakan payudara yang lebih teruk seperti terpaksa membuang kedua-dua belah payudara.
Di pasaran, terdapat pelbagai produk seperti krim, pil, suntikan dan vakum membesarkan payudara yang dijual secara bebas. Walaupun kaedah vakum memang terbukti, tetapi kesannya hanya sementara dan mempunyai tempoh masa tertentu. Pengguna perlu melakukan vakum berkali-kali untuk mendapat kesan berterusan.
Manakala wanita yang memilih untuk mengambil pil, boleh mengundang bahaya jika tidak mendapat nasihat pakar. Kebanyakan ubat yang membantu membesarkan payudara mengandungi hormon estrogen. Setiap tubuh yang berbeza mempunyai keperluan hormon yang berbeza, oleh itu jika tersilap langkah boleh mengundang penyakit kanser.
Satu lagi cara membesarkan payudara yang popular adalah dengan membuat suntikan di pusat kecantikan. Jika suntikan dibuat oleh mereka yang tidak bertauliah, dikhuatiri akan mendatangkan padah pada kesihatan seseorang.
Pernah berlaku satu kes yang menyedihkan. Gara-gara melakukan suntikan, payudara mangsa mengeras seperti ketulan guli, bernanah dan timbul infeksi yang teruk. Jalan paling selamat untuk menyelamatkan nyawa mangsa adalah dengan membuang kedua-dua buah payudara yang telah ‘rosak’ tersebut.
Satu lagi cara yang popular untuk membesarkan payudara adalah dengan kaedah pembedahan implan. Silikon dimasukkan ke dalam payudara dan ia kekal di situ. Sebelum melakukan operasi, pesakit biasanya perlu membuat ujian mamografi untuk meneliti kesesuaian implan. Rawatan ini biasanya dijalankan oleh pakar perubatan yang bertauliah sahaja.
Cara Membesarkan Payudara Secara Semula Jadi
This website uses cookies.