Awas! Panggil Rakan Sekerja “Sayang” & “Dear” Juga Dikategorikan Sebagai Gangguan Seksual

Pernahkah anda berhadapan dengan rakan sekerja yang memanggil anda dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘ dear’ sebelum ini? Jika ya,  tahukah anda, memanggil rakan sekerja dengan panggilan seperti itu boleh dikenakan tindakan tatatertib?

Baru-baru ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)  telah mengeluarkan satu surat edaran bertarikh 7 April yang menyebut ucapan ‘sayang’ dan ‘dear’ oleh mana-mana pegawai awam yang mengganggu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.

Manakala tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan seumpamanya oleh penjawat awam pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.

Share
Published by
Rosmah Idayu