Semahal mana pun sesuatu produk kecantikan mahupun kosmetik, tidak akan bermakna jika anda tidak prihatin dengan tarikh luputnya.
Tahukah anda, produk yang sudah rosak tidak akan terlihat secara nyata? Produk yang tamat tempoh sebenarnya boleh memudaratkan!
Sebaik dibuka atau digunakan, produk tersebut boleh dicemari dengan mudah oleh bakteria dan fungus yang terdapat pada kulit mahupun udara, seterusnya mengakibatkan jangkitan mata dan masalah kulit.
Produk yang mengandungi air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara antara produk paling sensitif serta mudah rosak. Maka, penting untuk anda mengenal pasti kesan-kesan kerosakan produk seperti teksturnya kelihatan sudah berbeza daripada asal.
Produk tersebut mungkin bertukar warna, baunya kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi tumbuhnya kulat secara jelas.
TANDA-TANDA PRODUK TAMAT TEMPOH
Retakan
Pembayang mata atau lipstik bukan hanya kering tetapi juga mudah retak. Tekstur dan warna turut berubah menjadi lebih gelap. Segera hentikan pemakaian lipstik jika bibir terasa pedih atau baunya berubah.
Bintik Hitam
Jika barangan kosmetik anda ditumbuhi bintik-bintik hitam atau bulu-bulu halus itu menandakan produk tersebut sudah ditumbuhi fungus atau kulat.
Bau Berubah
Produk jenis cecair seperti minyak wangi dan krim sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jika tidak disimpan di tempat sejuk dan gelap, kandungannya akan berkurangan. Jika baunya sudah berlainan daripada asal, menandakan ia sudah rosak.
Kurang Berkesan
Kalau bedak asas jenis cecair mengeluarkan bau yang berlainan, berubah warna, teksturnya semakin cair atau mengeras dan mengering itu menunjukkan ia tidak boleh digunakan lagi.
Mengering
Maskara dan eyeliner cecair dua jenis alat solek yang mudah mengering jika terkena udara.
MENINGKATKAN JANGKA HAYAT PRODUK
This website uses cookies.