Terdapat beberapa jenis makanan yang mendorong seseorang untuk mudah merasa lapar. Ketika terlihat makanan tertentu, rasa lapar akan mudah tercetus. Lantas anda pun teringin untuk menikmatinya. Malah, ketika sedang makan pun anda susah hendak berhenti dan mahu terus dan terus makan. 4 makanan berikut mudah membuatkan rasa lapar.

Ads

PEMANIS TIRUAN

Pemanis buatan boleh menjadi alternatif sihat pengganti gula. Bahan ini juga ditemui dalam makanan dan minuman yang berlabel diet atau bebas gula. Pada label tersebut, pemanis buatan dianggap selamat.

Namun pengaruh pemanis buatan sangat berbahaya untuk badan jika diambil secara berlebihan. Ia akan menyebabkan seseraong itu makan lebih banyak. Adanya pemanis buatan juga boleh mengakibatkan ‘ketagihan’ terhadap makanan. Sebaiknya elak makanan yang mengandungi pemanis buatan dalam jumlah yang banyak.

Awas, Tak Guna Berdiet Kalau Masih Nikmati 4 MAKANAN Ini! Ia Dorong Rasa Mudah LAPAR

BISKUT

Kebanyakan biskut mengandungi seratus peratus bebas lemak. Walaupun terdapat biskut yang mengandungi sejumlah serat tetapi kebanyakan biskut dapat menurunkan karbohidrat. Biskut juga mudah dicerna dan diserap sehingga badan mudah terasa lapar.

Ads

Bagi mengatasi rasa lapar anda boleh makan biskut yang disertai dengan hirisan aprikot. Kudapan ini akan terasa sangat lazat.

Awas, Tak Guna Berdiet Kalau Masih Nikmati 4 MAKANAN Ini! Ia Dorong Rasa Mudah LAPAR

Ads

KUDAPAN MASIN

Kudapan yang masin boleh membuatkan seseorang itu mudah terasa lapar. Contohnya ialah kerepek kentang dan jagung. Tetapi, kudapan ringan ini bukan hanya cepat dicerna bahkan kandungan sodium di dalamnya menjadikan anda haus.

SALAD

Salad juga mudah membuatkan rasa lapar lebih-lebih lagi apabila melihat sayuran hijau. Bagi mencegah rasa lapar anda boleh menambahkan protein seperti ayam dan salmon pada salad. Tambahkan juga kentang manis atau beras merah. Apa jua makanan pun jika tanpa tambahan protein akan membuatkan seseorang mudah lapar dan terdorong untuk mencari makanan lain dalam waktu yang singkat. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI