Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
“Dengan Menantu Ke Adik Beradik..?” SITI NURHALIZA Dipuji Nampak Sebaya Bersama Tya Dan Izara
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Baru- baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun yang mencuri perhatian adalah penampilan Tokti di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 44 tahun itu malah kelihatan awet muda dan sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia. Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokto serta kedua-dua manantu tirinya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Awas Cuaca Panas! Pastikan Tubuh Anda Cukup Air.
Cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga Mac ini pastinya merisaukan. Bukan saja kesihatan anak-anak perlu diperhatikan, paling penting kesihatan diri sendiri. Kita cuba solusi mudah agar anda tidak mudah jatuh sakit.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kekurangan buah dan sayur-sayuran boleh mengakibatkan anda mudah letih, lesu, lemah, dan wajah menjadi pucat. Buah dan sayur-sayuran adalah sumber pelbagai mineral dan vitamin bagi tubuh. Tubuh memerlukan 45 zat gizi setiap hari.
Semakin banyak buah-buahan dan sayuran yang di ambil, semakin kuat tubuh anda melawan penyakit kerana ia mengandungi segala vitamin yang diperlukan tubuh:
Epal
Epal mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C. ia juga mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan zat besi. Serat yang terkandung pada epal juga sesuai untuk anda yang sedang diet!
Pisang
Pisang banyak mengandungi vitamin A. Pisang yang mudah dicerna menjadi sumber tenaga yang cepat dan baik, sesuai untuk anda yang berasa lesu di saat-saat cuaca panas ini. Malah pisang juga membantu menghilangkan rasa letih selepas seharian bekerja.
Betik
Betik juga mempunyai vitamin A. Selain buah dan daunnya, biji betik juga membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga system pencernaan dari bakteria.
Tomato
Tomato kaya dengan antioksidan dan vitamin C, dan ia mengandungi phytochemicals seperti lycopene.
Tembikai
Buah tembikai adalah hero untuk hidrasi. Cecair yang terkandung di dalam buah tembikai adalah sesuatu yang amat anda perlukan di saat terik matahari membakar kulit. Lycopene yang terkandung dalam buah tembikai melindungi sel kulit dari bahang matahari. Dan tembikai juga membuatkan anda berasa kenyang, berita baik untuk anda yang berdiet.
Oren
Oren kaya dengan potassium, nutrien yang penting ketika musim panas. Anda kehilangan potassium melalui peluh, sehingga merisikokan menderita kejang otot. Oren mengandungi 80% air, cukuplah untuk tubuh anda rasa terhidrat.
Saderi
Saderi bukan saja sesuai untuk dijadikan jus saat cuaca panas begini malah ia juga sesuai untuk anda yang ingin mengurunkan berat badan tanpa membiarkan anda rasa terhidrat.
Salad
Sayuran berdaun hijau sangat bagus untuk badan. Bayam mentah (pilihan organik) dan kale yang mana tubuh anda akan mengubahnya menjadi vitamin A, melindungi kulit dari pancaran matahari. Kulit anda akan kekal segar dan lembap.
Lebih 10 Tahun Amal ‘Birdnest’, DATIN FOUZIAH GOUS Akui Kulit Lebih Sihat & Awet Muda!
Sejak zaman anak dara lagi Datin Fouziah Gous menjadi perhatian peminat. Bukan sahaja kerana kurniaan rupa paras cantik dan susuk tubuh langsing bahkan juga kerana bakat yang ada dalam dirinya. Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi beliau juga merupakan ibu kepada dua anak!
Selain menerima tawaran lakonan dan mengacara, jelitawan ini turut rancak menguruskan empayar niaga berasaskan sarang burung iaitu FG Walet. Kejayaan Datin Fouziah sebagai usahawan bukan lagi rahsia. Saban tahun pelbagai pencapaian baharu diraih menerusi perusahaan FG Walet.
Percaya dan sudah merasai sendiri keberkesanan khasiat sarang burung terhadap kesihatan, isteri Datuk Md Zafran Md Yusof ini akhirnya terbuka hati untuk mempunyai produk sendiri dengan tujuan untuk berkongsi manfaat sama dengan orang ramai. Dedah Datin Fouziah, “FG Walet Premium Birdsnest (by hand) ni lah my first baby. 10 years back gigih masak sampai 4 jam (whole process) di rumah. Sebab saya ada eczema, alhamdulillah dengan mengamalkan FG Walet Birdsnest lebih dari 10 tahun sebenarnya, banyak perubahan.
Sampai sekarang saya minum setiap hari. Ia betul-betul memberi kesan yang terbaik untuk kulit saya dan kekal muda. Selepas mengamalkan, saya mengambil keputusan untuk menjual. Makan masa bertahun untuk menjadikan product. Ia lah masa tu orang tak kenal sarang burung, takde reference untuk follow. Semua benda perlu buat sendiri. Sehingga sarang burung menjadi satu fenomena baru.
Bukan sahaja FV Walet dapat lahirkan partner yang berjaya tapi ramai juga peniaga mula jadikan FG Walet sebagai rujukan untuk mereka membuat bisnes. Alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah SWT. Setiap hari dapat testimoni yang positif dan pujian dari pengamal FG Walet. Alhamdulillah itulah rezeki yang berharga buat saya. Bila ia memberi manfaat kepada orang lain, ia merupakan satu kejayaan buat saya.”
Masih aktif sebagai hos rancangan dan menerima tawaran berlakon jika bersesuaian, Datin Fouziah bagaimana pun dilihat tetap mempunyai masa untuk mengurus dan memantau
perjalanan bisnes ini. Pastinya perniagaan berkenaan memberi kepuasan luar biasa sebab itu beliau sanggup bersusah-payah. Apa-apa pun, kagum dengan cara Datin Fouziah membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan perniagaan.
Menelusuri perjalanan FG Walet, selepas berjaya melancarkan mesin inovasi minuman kesihatan pertama di Malaysia ketika Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) pada
April tahun lalu, Datin Fouziah turut meluaskan empayar niaga melalui kerjasama dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia sekitar bulan November 2019. Malah, pada penghujung tahun lalu pula beliau menerima penganugerahan The Asia Halal Brand Awards.
“Rasa cukup kerdil bila bersama brand yang cukup besar seperti KFC, Safi, Babas, Gintell, Coke, Berjaya Times, Soul Garden, LG, Seamaster, Tupperware dan banyak lagi nama-nama besar yang gah. Alhamdulillah, terselit juga FG Walet antara mereka. Thank you Jakim, HDC dan semua judges yang terlibat atas pemilihan yang besar makna buat kami untuk terus menjadi terbaik dan sekali gus mengangkat FG Walet ke satu tahap yang lebih tinggi! Yes, terbukti dengan pemilihan ini FG Walet adalah HALAL sekaligus telah dinobatkan sebagai THE BEST NUTRITION BIRDSNEST oleh Asia Halal Brand Award.”
Selain mengusahakan FG Walet, Datin Fouziah Gous juga menjalankan operasi sebuah pusat kecergasan muay thai. Moga perniagaan dan karier seni Datin Fouziah terus bersinar sekaligus menyuntik inspirasi kepada ramai wanita untuk turut sama berjaya.
Kredit: Instagram Fouziah Gous