Kalau tengok penampilan dan rupa paras Datin Arianie Abidin pasti ada yang tidak menyangka suri hati Dato’ Hattan ini sudah pun berusia 51 tahun. Dia bukan saja memiliki wajah awet muda malah mesra orangnya. Bersandarkan gaya dan aura positif Datin Arianie tidak hairanlah dia kelihatan muda.
Apatah lagi isteri kepada pelantun lagu Memburu Rindu ini merupakan bekas ketua pramugari MAS. Pastinya Datin Arianie cukup arif dalam soal penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai.
Jelitawan ini sah bergelar isteri Dato’ Hattan pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata tunggal diberi nama Adam Eiman. Rumah tangga mereka kemudian dilanda badai sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada tahun 2005.
Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh takkan ke mana. Mereka akhirnya ditakdirkan bersatu dan kembali bergelar suami isteri pada Julai 2013. Kini anak lelaki tunggal mereka meniti usia 26 tahun dan mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam industri muzik.
Menerusi perkongsian Datin Arianie di media sosial, ibu kepada seorang ini memuat naik foto dirinya dan suami di sisi anak tersayang ketika majlis graduasi permata hati kesayangan.
Difahamkan Adam Eiman merupakan graduan dari Taylor’s University dan selamat bergraduasi pada Mac 2022.
Kongsinya, “We are grateful and proud of all the things you have done. Love you a lot and pray to Allah SWT to give you the ability to do more in life. Congratulations on your graduation.”
Mengimbas kembali temu bual Nona bersama Datin Arianie sekitar tahun 2017, dia menyifatkan Adam Eiman seorang anak yang mendengar kata.
Artikel https://www.nona.my/baby-bump-kian-terserlah-sharifah-amani-dedah-bakal-jadi-ibu-hamil-anak-sulung/
Sebagai emak, saya banyak nasihatkan Adam. Alhamdulillah, dia anak yang ikut cakap. Balik dari universiti pun, dia akan terus masuk bilik dan buat hal dia sendiri.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, dia akan maklumkan kepada saya dulu dan jenis yang suka bercerita tentang aktivitinya kepada kami berdua.
Tapi biasalah, anak lelaki pasti ada sikap degil dan nakal. Paling penting jangan terlalu mengongkong anak,” terang Datin Arianie sambil mengakui kerap mengingatkan Adam tentang masa depan dan bijak mengatur hala tuju hidup.
Kini, Adam Eiman merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang pernah memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi anugerah Album Terbaik album penyanyi Yonnyboii berjudul Deluxe Version.
This website uses cookies.