Cantik pada usianya, pesona wajah Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy yang kini mencecah 56 tahun tetap memikat! Meskipun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
“Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993. Saya tahu disiplin dan komitmennya. Saya tahu nilai setiakawannya. Saya tahu dia pelakon yang serius dan sangat membantu.” Sabri Yunus
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
10 Resolusi Tahun Baru Tentang Penjagaan RAMBUT Ini Buat Penampilan Diri Lebih Menyerlah!
Macam-macam kerenah apabila tiba tahun baru. Ada yang kesal kerana tidak berjaya melengkapi azam tahun tahu, ada juga yang merencana azam tahun baru dan tidak juga yang asyik mencari kalender atau planner 2018. Ramai yang mula membuat resolusi untuk kurus pada tahun ini dan tidak kurang juga yang menyasarkan untuk kahwin pada tahun ini. Selamat berjaya dalam mencapai apa yang dihajati.
Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2018 yang serba mencabar ini. Dalam sibuk membuat resolusi ada tak terselit untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Rambut juga perlukan perhatian dan pelihara kesihatan rambut bermula pada kulit kepala dan akarnya.
- Sapu perapi hanya di hujung rambut. Tanggapan yang mengatakan perapi hanya perlu di sapu di hujung rambut untuk rambut cepat panjang adalah salah. Rambut mudah rapuh dan perlu dipelihara daripada akarnya.
- Keringkan rambut dengan tuala.Mengeringkan rambut dengan tuala adalah perkara normal dan jika dilakukan dengan cara yang tidak betul boleh mengakibatkan rambut mudah putus. Cuba ubah cara ini dengan mengeringkan rambut menggunakan jari. Perah rambut untuk mengeluarkan air dan lap lembut menggunakan tuala, bukan menggosok tuala pada rambut yang basah.
- Keringkan rambut pada suhu yang salah.Wanita yang mempunyai rambut tebal terutamanya sering menggunakan suhu maksimum pada pengering rambut untuk lebih cepat mengeringkan rambut. Sepatutnya cara yang betul adalah bermula dengan suhu yang rendah.
- Terlebih menggunakan syampu.Sudah seminggu tidak bersyampu kerana sibuk dan minyak pula sudah melekat pada kulit kepala. Apabila bersyampu umpama tidak bersyampu kemudian mula menambah lagi kuantiti syampu tadi. Cara ini adalah salah kerana boleh menjadi punca folikel rambut tersumbat.
- Sikat rambut ketika basah.Pasti ramai yang selalu buat macam ini, kan? Sebenarnya rambut lebih rapuh ketika basah berbanding dalam keadaan kering. Jangan sekali-kali menyikat rambut sebaik sahaja selepas bersyampu. Keringkan dahulu, baharu bersikat.
- Guna pengering rambut ketika basah.Percaya atau tidak sebenarnya kita hanya boleh mengeringkan rambut dengan alat pengering rambut ketika rambut 60 peratus kering. rambut mudah rosak atau putus kalau menggunakan pengering rambut semasa rambut basah. Keringkan dulu dengan tuala baharu gunakan alat pengering rambut.
- Bersyampu setiap hari.Bersyampu setiap hari adalah salah dan sepatutnya bersyampu seminggu tiga kali sahaja. Terlalu kerap bersyampu akan menyingkirkan minyak semula jadi di bawah kulit kepala.
- Tidak berlembut dengan rambut. Rambut bukan permainan yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja. Jangan berkasar dengan rambut sehingga boleh membuat rambut rosak. Menyikat rambut dengan kasar atau mengeringkan rambut dengan rakus boleh merosakkan rambut seperti mudah putus dan keguguran rambut. Belai rambut dengan mesra dan tambah serum untuk penjagaan kulit kepala.
- Keringkan rambut tidak mengikut seksyen kulit kepala. Kenapakah penting sangat mengeringkan rambut mengikut seksyen demi seksyen kulit kepala? Mengeringkan rambut mengikut seksyen kulit kepala ini penting agar rambut tidak kusut, susunan tekstur yang teratur dan mengelakkan sakit leher ketika menggunakan alat pengering rambut.
- Elak menggunakan perapi rambut. Wanita biasanya tidak melakukan aplikasi yang betul ketika menyapu perapi rambut. menyapu perapi rambut dengan betul penting untuk mengekalkan kesihatan dan membuat rambut bersinar secara semula jadi. Sebulan sekali gunakan skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati yang ada pada kulit kepala.HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
NORMAN HAKIM Teruja Sambut Hari Jadi Anak Kedua, Doa Pintu Hatinya Tertutup Untuk Lelaki Yang…
Pelakon tampan Norman Hakim memanjatkan kesyukuran diberi kesempatan meraikan hari jadi anak keduanya yang ke-18 tahun iaitu Marissa Dania bersama dengan keluarga termasuk bersama famili bekas isterinya Abby Abadi di sebuah resort terkenal di Kuantan, Pahang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram milik Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon, kelahiran Marissa mengingatkan dirinya saat kelahirannya bersama bekas isterinya Abby Abadi bersalin di dalam kereta.
“18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah,” tulisnya.
Selain itu, pelakon sasa berusia 47 tahun itu mengagumi sikap Marissa yang solehah, pandai berdikari dan bijak.
Dalam pada masa yang sama, Norman Hakim turut mendedahkan tidah pernah meninggalkansolat sunat dan hajat dan sentiasa mendoakan yang terbaik terutamanya berkaitan hati dan perasaan anaknya jika satu hari nanti mencintai lelaki yang salah.
“Hari-hari papa tak pernah tinggal solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa. Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi,” ungkapnya.
Di akhir perkongsian, Norman Hakim berharap anaknya sentiasa berada di bawah lindunganNya. Untuk rekod, Norman dan Abby pernah berkahwin pada 2002 dan berpisah pada 2009, dan memiliki tiga orang anak bersama. Kini, kedua-duanya bahagia dengan pasangan masing-masing.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Nak Rambut CEPAT PANJANG? Jangan Buat Perkara #4 Supaya Anda Dapat Rambut IDAMAN!
Kini, rambut bukan sahaja menjadi mahkota kebanggaan wanita malah ia lebih dari itu! Ia menjadi sebahagian daripada ‘aksesori’ semula jadi yang perlukan penjagaan rapi lebih-lebih lagi untuk wanita bertudung.
Rata-rata wanita tidak pernah berasa puas dengan daya rambutnya malah mereka sentiasa inginkan lebih dari ‘rambut yang baik’ kerana mereka inginkan ‘rambut yang hebat’!Iikuti trik ini agar rambut anda lebih sihat, panjang dan lembut.
1.Diet sihat dan seimbang
Anda perlukan: Diet yang mempunyai vitamin terbaik untuk rambut seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, ikan dan ayam yang kaya dengan sumber nutrisi.
Apa perlu anda lakukan?
Sama seperti penjagaan kesihatan tubuh, rambut juga bergantung kepada corak pemakanan yang bagus. Syampu dan perapi sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan rambut yang cantik kerana ia masih memerlukan protein untuk menjadikannya bersinar. Jaga diet anda dengan memastikan sumber protein, vitamin dan mineralnya mencukupi.
2.Urutan kulit kepala
Apa perlu anda lakukan?
- Urut kulit kepala dengan perlahan dengan jari anda.
- Panaskan satu sudu besar minyak kelapa.
- Sapukan minyak kelapa sedikit demi sedikit pada kulit kepala dan urut perlahan.
Bagaimana ia membantu?
Urutan kepala bukan sahaja memberi ketenangan tetapi membantu peredaran darah dengan lebih baik. ia juga memberikan vitamin yang diperlukan akar rambut untuk menjadi kuat dan sihat.
3.Trim secara konsisten
Apa yang anda perlukan?
Seorang stylist yang memahami keperluan rambut anda.
Apa perlu anda lakukan?
Berkunjunglah ke salun kegemaran anda sekurang-kurangnya setiap tiga bulan dan trim rambut bahagian hujung yang bercabang.
Bagaimana ia membantu?
Bahagian hujung bercabang menghalang rambut untuk tumbuh dengan panjang dan sihat. Menurut kajian, hujung rambut bercabang disebabkan akar rambut yang tidak kuat. Keraplah ke salun untuk trim hujung rambut anda dan pastikan anda tidak overdo.
4.Tidak syampu terlalu kerap
Apa yang anda perlukan?
Syampu lembut
Apa perlu anda lakukan?
Elakkan mencuci rambut setiap hari.
Bagaimana ia membantu?
Ramai wanita berpendapat, dengan mencuci rambut setiap hari membolehkan mereka memiliki rambut yang tumbuh lebih cepat dan panjang. Minyak yang terkandung pada kulit kepala tidak boleh disisihkan kerana ia memberi kekuatan pada akar rambut. Gunakan syampu anti-kimia, yang lebih lembut dan mesra pada kulit kepala. Jangan lupa menggunakan perapi selepas setiap cucian!
5.Jangan berus terlalu kerap
Apa perlu anda lakukan?
Sisir rambut anda tidak lebih dari 10 minit setiap hari.
Bagaimana ia membantu?
Kekerapa memberus rambut boleh menyebabkan rambut gugur. Rambut gugur tidak bermakna ia akan meningkatkan pertumbuhan rambut baru dan lebih cepat panjang. Anda perlu memberus dengan perlahan kurang dari 10 minit dan biarkan minyak asli dari akar rambut dibebaskan secara semula jadi ke setiap helaian rambut anda.
6.Jangan ‘bungkus’ rambut!
Apa perlu anda lakukan?
Anda dilarang membalut rambut menggunakan tuala.
Bagaimana ia membantu?
Setiap wanita tentu akan membalut kepala sebaik sahaja selesai mencuci rambut. Ia umpama satu rutin wajib! Tahukah anda rambut yang masih basah sangat rapuh? Untuk mengeringkan rambut, anda disarankan untuk lap dengan lembut sehingga ia kering atau gunakan kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan.
7.Gunakan cuka
Apa yang diperlukan?
Hanya cuka dan air
Bagaimana ia membantu?
Bilasan menggunakan cuka boleh menjadikan rambut anda lebih cepat panjang. Malah ia juga menjadikan rambut lebih bersinar, sihat dan cantik. Campuran dua sudu besar cuka dan satu liter air boleh bertindak sebagai perapi semula jadi dan membantu rambut secantik Rapunzel.