Awet Muda Usia 56, Wajah Terkini Lucy ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, Angeline Tan Tetap Memikat!

Cantik pada usianya, pesona wajah Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy yang kini mencecah 56 tahun tetap memikat! Meskipun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.

Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.

Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.

 

Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu

 

 

“Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993. Saya tahu disiplin dan komitmennya. Saya tahu nilai setiakawannya. Saya tahu dia pelakon yang serius dan sangat membantu.Sabri Yunus

Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram @angelinetanyy

 

Share
Published by
Norzalina