Bergenang air mata baca luahan dan perbualan Diyana Ridzuan dengan arwah ayahnya, Allahyarham Ridzuan Hashim. Sejak pemergian ayah tersayang ke rahmatullah 4 Mei lalu, Diyana atau mesra digelar ‘Princess Diyana’ oleh arwah pelakon lelaki tersebut banyak berkongsi mengenai peribadi ayahnya di media sosial.
Pastinya pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim cukup ‘berat’ untuk ditanggung Diyana. Apatah lagi dia ialah anak yang paling rapat dengan bintang KL Gangster berkenaan.
Rata-rata followers Diyana dan peminat Allahyarham Ridzuan Hashim meluahkan rasa tersentuh dengan keakraban anak dan ayah ini. Berdasarkan perbualan mereka di Whatsapp juga membuktikan betapa anak ini menghargai dan sedaya-upaya membahagiakan arwah ayah sebaik mungkin.
Kongsi Diyana di Instagram miliknya, “Ayah…. Princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nana jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarang, takda dah ayah call Nana ngadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, takda yah and I am happy for you.
Tapi, punca kekuatan Nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah… Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu berbaloi untuk Nana.
Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?
Kadang dah hujung-hujung Nana takda sangat duit pun kalau ayah minta order
makan, tak pernah Nana cakap tak boleh, takda duit, tak pernah yah, I would find any way possible to find extra money cause I promise to you that you don’t have to work anymore, Nana boleh cari duit ayah takyah risau.Pernah kakak-kakak tegur cakap “Na jaga makan ayah tu, jangan bagi dia makan benda-benda yang tak okay untuk kesihatan dia,” tapi kadang ada benda ayah teringin, Nana ikutkan je.
Nana faham and Nana always remind myself “ takpalah apa ayah aku minta aku nak tunaikan juga” nak ayah minta apa-apa dengan Nana, semuanya dapat.
Tapi sorry yah… tak sempat belikan ayah scooter. That was his last request sebab dia kata dia malu nak naik wheelchair or pakai tongkat. Thank you for everything my king.”
Anak-anak bahagia dikurniakan ayah penyayang https://www.nona.my/terima-kasih-buat-anak-anak-happy-ridzuan-hashim-meninggal-dunia-momen-sambut-raya-bersama-tahun-lalu-undang-sebak/
Pelakon berbakat besar, Allahyarham Ridzuan Hashim dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4 Mei 2023 pada usia 62 tahun.
Arwah sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Didie Alias dan mempunyai lima orang cahaya mata.
This website uses cookies.