Ayu Raudhah Ligat Berniaga, ‘Mompreneur’, Ibu Anak 5 Ini Sibuk Urus Kafe & Baju Raya

Rindu nak tengok lakonan selebriti ini dan hanya drama diulang siar sebagai pengubat rindu. Dalam diam, rupanya kini Ayu Raudhah ligat berniaga.

Siapa sangka isteri kepada pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha ini bijak mengatur masa menguruskan perniagaan di samping membesarkan lima cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan) yang sedang membesar. Sesungguhnya tugas ‘Mompreneur‘ bukan mudah untuk digalas.

Foto: Instagram @zaqone_08

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini perlahan-lahan mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Ketika memilih keputusan ini rupanya Ayu Raudhah ligat berniaga.

Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.

Terbaharu Ayu Raudhah telah dilantik menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama byLR yang berperanan sebagai duta dan meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama tersebut.

“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10,000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.

Ayu Raudah di samping satu-satunya anak perempuan, Laura Zuleykha.
Wajah comel anak perempuan Ayu Raudhah sebagai model baju raya cilik.

Tidak hanya sibuk menguruskan koleksi baju raya byLR, Ayu Raudhah kini juga bergelar usahawan kafe. Sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suaminya membuka sebuah kafe makanan di Seremban yang diberi nama ZA Cafe.

“Sepanjang bulan Ramadan ini Ayu akan sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak. Tapi bila dah buka kafe ni Ayu akan sibuk dekat kafe dan dalam masa yang sama akan aktif dalam rangka promosi byLR Design untuk koleksi baju raya.

Ayu Raudhah tetap jelita macam dulu.

Prioriti Ayu tetap keluarga sebab itu Ayu pilih bisnes. Apabila berniaga kita boleh merancang sendiri masa antara keluarga dan bisnes. Walau bagaimanapun prioriti adalah famili,” kata Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) ini.

Tak langkap sekiranya tidak bertanya tentang persiapan raya adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini. “Saya memang teruja sangat nak sambut raya sebab dah dua tahun tak boleh balik raya. Tambah pula tahun ini giliran beraya di Kedah.

Ayu Raudhah menggayakan koleksi baju rayanya.
Di samping mmepromosi baju raya Ayu Raudhah juga sibuk dengan perniagaan kafe.

Tak sabar nak jumpa adik beradik dan tak sabar dengan aktiviti wajib buat ‘show‘ pagi-pagi raya nanti. Alhamdulillah, dua pasang baju untuk famili dan 6 pasang dah confirm sebab ada baju byLR,” ujar Ayu Raudhah sambil tersenyum.

Baca juga; Sambut Anniversary ke-11, Che Ta Bagi ‘Hint’ Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam

Share
Published by
Hamizatul Maizan