Menelusuri posting Instagram penyanyi jelita Elyana Emrizal, beberapa kali terlihat dia memuat naik review tudung berjenama Larnie Scarves.
Bermula dengan penampilan sopannya dalam sepasang jubah serta khimar sedondon sewaktu menghadiri majlis solat hajat pada Disember lalu, Elyana dilihat semakin kerap mendekatkan dirinya pada Yang Maha Esa.
Meskipun beberapa kali Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal lantang menyelar segelintir pihak yang menuduhnya sengaja mencari publisiti daripada musibah kanser yang menimpa, namun dia tetap tenang. Satu kata-kata Elyana ni begitu menusuk kalbu…
Aku tidak peduli dengan mulut orang kerana bukan mereka yang memberi mulutku makan. Aku bukan orang yang baik. Tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik.
Dia sebelum ini pernah mengumumkan tentang penyakit kanser limfoma yang dihidapinya selama tujuh tahun, serta sedang menjalani rawatan bagi merawat penyakit tersebut.
Masih berharap agar mampu sembuh sepenuhnya, wanita tabah ini tidak mahu terus dianggap lemah. Dia giat mengaktifkan diri dalam pelbagai persembahan seni sambil menjalani rawatan dan menyertai kelas-kelas mengaji bagi menambah ilmu akhirat.
Sama-samalah kita doakan agar ibu kepada Cinta Sumayyah, 6 tahun, ini kembali sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Sambil tu jom tengok gambar Elyana bertudung ni, cantik sangatkan? Sejuk mata memandang.
Sumber: Instagram @elyanaofficial
This website uses cookies.