Azharina Anjur Konsert Amal Dalam Talian, Hasil Jualan Tiket Buat Mangsa Banjir Sabah

Tak sanggup melihat insan lain berada dalam kesusahan telah menyuntik inspirasi kepada Juara Gegar Vaganza (GV) musim ketiga, Azharina Azhar untuk melakukan sesuatu dengan niat mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Penyanyi kelahiran Sabah ini telah terpanggil untuk membantu dengan menganjurkan sebuah konsert amal secara dalam talian pada 23 Oktober akan datang. Konsert Amal Unplugged Azharina & Friends secara virtual ini bakal berlangsung di platform zoom.

Foto: Instagram @azharina_a

Menariknya, konsert amal yang bakal berlangsung selama dua jam ini merupakan terbitan syarikat penyanyi ini, Azharina Entertainment dengan kerjasama Azharina Angels, Kacang Network dan Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares). Sebanyak 16 buah lagu akan didendangkan dalam tempoh 2 jam bermula jam 8.30 malam.

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu mengambil inisiatif untuk menyanyi sambil beramal untuk membantu mangsa banjir di Sabah khususnya sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Foto: Instagram @azharina_a
Foto: Instagram @azharina_a

Azharina bakal berkongsi pentas bersama barisan penyanyi seperti Ayu Damit, Lan Solo, Syura, Dia Fadila, Bob Yusof, Fanzi Ruji, Kozae, Santiana, Rosario, Dabre Sia, Yunk G, Nadeem dan Vicha Barbie.

Tulis Azharina di platform media sosialnya, “Tiket konsert ini hanya terbuka kepada 1000 orang pembeli sahaja. Harga tiket RM25/per person. Pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang bakal dilakukan pada hari konsert.

Foto: Instagram @azharina_a
Foto: Instagram @azharina_a

Di samping itu, pembeli tiket layak melakukan undian mengenai pemilihan lagu yang akan dinyanyikan oleh Azharina ketika konsert tersebut berlangsung,” coretnya. Semoga usaha penyanyi ini berjaya dan mampu membuat mereka yang memerlukan kembali tersenyum.

Bila bercerita tentang anak-anak, teringat ketika menemu bual ibu kepada Rahmat Azharin dan Rizqie Azharin Azhar ini untuk ruangan Fokus di Majalah Nona dahulu. “Saya sangat bersyukur kerana selain daripada dua orang anak ini, saya menyimpan cita-cita untuk bebas hutang hartanah sebelum usia 35 tahun.

Alhamdulillah beberapa buah rumah sudah habis dibayar, dan beberapa keping tanah sudah langsai hutang. Hanya rumah yang saya diami kini yang berbaki sedikit.

Saya tidak mahu jika ada apa-apa yang berlaku kepada saya, kehidupan anak-anak terabai. Terlalu banyak kisah-kisah anak-anak yang terabai berlaku di depan mata saya. Saya tidak mahu Rahmat dan Rizqie melalui perkara yang sama.

Foto: Instagram @azharina_a

Alhamdulillah, saya kini lebih selesa dan lebih slow-down dengan kehidupan yang tidak terlalu hectic. Saya dah puas bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki buat keluarga. Bayangkan selama 14 tahun menjadi artis, saya tidak pernah mengambil cuti kerana memenuhi undangan nyanyian.

Hasil daripada nyanyian dan projek belakang tabir yang dilakukan, saya lebih terurus untuk melihat anak-anak membesar. Kebanyakan masa saya ada bersama mereka dan pada masa sama turut dapat membantu kawan-kawan lain yang memerlukan bantuan.

Foto: Instagram @azharina_a

Cuma saya harap, kehidupan kini boleh memberi lebih manfaat kepada keluarga saya dan orang lain. Saya juga mengharapkan doa dari semua agar saya terus istiqamah dalam apa sahaja yang saya lakukan,” akhirinya.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed