Ulat dalam tanah pun diberi rezeki oleh Allah. Burung di dalam sarangnya juga diberi makan oleh Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Pembalas Kebaikan.

Ads

Oleh itu, janganlah bersedih hanya kerana soal rezeki. InsyaAllah rezeki itu pasti ada dimana-mana hanya kita perlu berusaha, menggunakan kudrat fizikal yang ada dan bijak berfikir untuk memperoleh rezeki sebaik mungkin.

Jika kita hanya duduk dalam keresahan, kesedihan, keselesaan apa yang cukup-cukup ada, mengharapkan bantuan dan berpeluk tubuh, memang kita tidak akan ke mana. Duduklah di tahap itu selamanya!

Percayalah orang yang bekerja dengan menggunakan tangan dan otaknya adalah kelompok manusia yang lebih bahagia, punya fikiran yang bebas dan tidak rasa terbeban dan tenang.

Sis Kiah kini mengorak langkah, mengubah kedudukannya kepada yang sangat mahal harganya. Hebat Sis Kiah, ibu tunggal anak dua mengorak langkah tanpa menjejaskan keperibadian diri, keimanan, ketenangan dan kesihatan diri.

Bukan mudah untuk mencapai apa yang Sis Kiah ada sekarang, semuanya di bayar dengan keringat, darahnya, kemuliaan, kesungguhan, merebut peluang dan mengangkat kehormatan dirinya.

Ya! Sis Kiah ni la, Makcik Kiah yang berada dalam golongan B40 iaitu golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara. Pendapatan terendah iaitu RM4,360 dan ke bawah. Bermula dengan jual pisang di tepi jalan, Makcik Kiah belajar buat kek pisang.

Alhamdulillah permintaan kek Makcik Kiah meningkat apabila dua orang anaknya mula mengajar Makcik Kiah untuk membuat promosi jualan melalui halaman sosial media FB dan IG.

Ads

Bermula saat itu, bermulalah perjalanan Sis Kiah menuntut ilmu belajar buat pelbagai jenis kek dan perisa. Langkah itu telah menaikkan taraf kehidupan Sis Kiah sekeluarga kepada kumpulan pendapatan M40 (RM4,361 – RM9,619).

Dah pandai buat macam-macam jenis kek. Sis Kiah lancarkan pakej kek dalam satu kotak ada lima perisa mendapat sambutan hebat dari pelanggan. Tak cukup tangan dibuatnya, Sis Kiah mula membuka pintu rezeki untuk tiga orang ibu tunggal untuk bersama membantu perniagaannya di rumah.

Ads

Alhamdulillah, selepas setahun setengah, Sis Kiah kini memilki sebuah restoran sederhana besarnya. Tersenyum dan bersyukur, Sis Kiah dengan perubahan hidupnya telah melangkah ke dalam kumpulan pendapatan T20 (RM9,620 – ke atas).

Bagi Sis Kiah, walaupun kita berada dalam kumpulan B40/M40, kita harus menjadi pemangkin untuk bergerak dan mencari alternatif lebih untuk keluar dari kelompok dan kongkongan tersebut. Identiti/label ini tidak boleh dianggap atau di salah gunakan bagi menagih kasihan dan belas sewenangnya.

Kita sendiri bijak mencari peluang yang ada dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah kita sendiri dan pada yang sama dapat membantu ekonomi negara. Setiap kumpulan itu mempunyai sumbangan tertentu dan setiap pekerjaan yang baik adalah jalan menuju kebahagiaan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI