Dalam diam, rupa-rupanya Sharifah Amani sudah pun berbadan dua. Berita gembira mengenai kehamilan sulung pelakon ini bagaimana pun baru saja diumumkan kepada khalayak beberapa hari lepas.
Menerusi perkongsian Sharifah Amani Syed Zainal Rashid atau mesra disapa Nani di media sosial, jelas kelihatan baby bump bintang filem Sepet tersebut. Malah video yang dimuat naik Nani dan suami juga meraih hampir sejuta tontonan!
Kelihatan adik-beradik, ibu bapa, kenalan rapat Nani turut sebak menerima kejutan daripada anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini apabila dimaklumkan mengenai kandungannya.
Rata-rata peminat dan followers setia melahirkan rasa teruja dengan khabar gembira berkenaan. Tidak kurang juga rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
Lebih istimewa, selepas mengumumkan dirinya sedang hamil anak sulung pelakon berbakat besar ini juga meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang iaitu Ahmed Faris Amir yang ke-36.
“Happy birthday bapak anak I. Best
gila bercinta dengan you. Terima kasih for everything. May everything be eased and may all your dreams come true. InsyaAllah. I love you, Med Faris.”Sementara itu, Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated meluahkan rasa syukur bersempena ulang tahun kelahirannya.
“36, immensely loved, and a soon-to-be father, insyaAllah.”
Pasangan romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 10 September 2023.
Nani merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Aleya. Selain Aleya, dia juga mempunyai adik perempuan yang bergiat aktif sebagai pelakon iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
This website uses cookies.