‘Baby Remy Is Here..’ Tahniah! REMY ISHAK Kini Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin

Tahniah NONA ucapkan kepada aktor dan model, Remy Ishak yang memaklumkan isterinya, Ezza Yusof kini telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, hari ini.

Berita gembira itu disampaikan oleh Remy sendiri atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,”tulisnya.

Ujar pelakon filem Sangkar dan Cun itu, isterinya yang merupakan seorang usahawan jenama 2morrowshoes itu dan anaknya kini berada dalam keadaan sihat namun masih belum mendedahkan jantina bayi mereka. Remi dan isteri berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya lagi.

Pada awal Mac lalu, Remy mengakui isterinya sedang hamil lima bulan sekali gus mengesahkan mengenai spekulasi orang ramai berhubung berita gembira itu.

Untuk info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Mereka pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, tetapi terputus pada 2019.

NONA mendoakan semoga kelahiran anak sulung Remy dan pasangan memberikan sinar buat famili ini, dan selamat berpantang Ezza!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus