Bila bekerja dari rumah, ramai yang tak pedulikan pola tidur yang betul. Akhirnya, kita akan bangun tidur dengan badan yang masih lesu dan tidak bermaya. Banyak kelebihan sebenarnya apabila kita menjaga rutin tidur antaranya wajah kelihatan lebih muda, kurang kedutan pada wajah dan badan juga rasa lebih sihat. Tetapi,ada faktor lain yang menyumbang kepada tidur yang lebih efektif. Nak tahu?
Dengan norma baharu yang diterapkan dalam kehidupan kini, kita sangat memerlukan badan yang sihat untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Paling penting, kita sangat perlukan kesihatan emosi dan mental yang baik agar dapat menangani stres menghadapi situasi sukar begini. Apabila badan letih dan tidak mendapat rehat secukupnya, ia terzahir dari segi emosi dan mampu memberi impak negatif kepada anak-anak.
Berkongsi pendapat dan tip dari Cher Teoh, Head of Business Development untuk jenama pengeluar industri bedding Comfort Co. Sangat penting untuk mendapatkan tidur berkualiti, jadi anda perlu mengetahui info untuk mendapatkan bantal terbaik.
“Sama seperti badan kita bertindak kepada sesuatu ubat, ia juga sama apabila badan kita bertindakbalas kepada sesuatu produk bantal atau tilam. Tidak semuanya sama. Namun di Comfort Co. kami mencipta bantal Miragel yang sangat sesuai untuk semua orang dengan saiz berbeza-beza mengikut keselesaan. Signature bantal Miragel didatangkan dengan 2-inci gusset agar setiap kali kepala diletakkan di atas bantal, ia tidak ‘tenggelam’.”
Terdapat 3 kategori bantal The Miragel yang mengikut kesesuaian pengguna:
Tip untuk membeli bantal:
This website uses cookies.