Tatkala seluruh negara diminta mengamalkan social distancing, rupanya masih ada minoriti pasangan sejenis yang susah berenggang. Kisah rumah tangga Puan S ini bukan disiarkan untuk membuka aib sesiapa, melainkan sebagai peringatan bahawa masih wujud sekelompok kaum Nabi Lut dan beratnya dugaan isteri mendepani suami songsang.
“Nama saya S, saya seorang akauntan serta ibu kepada dua cahaya mata”
Ads
Tujuan saya berkongsi cerita ini bukanlah mahu membuka pekung di dada, jauh sekali mahu memburuk-burukkan suami atau mendedahkan kekurangan dirinya pada orang lain. Tapi saya harap dengan perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat tentang perlakuan di luar tabii manusia dan realiti ‘persahabatan’ lelaki yang sebenarnya.
Perkahwinan saya dan Syed, kini masuk tahun ke-8. Kami berkahwin kerana suka sama suka dan pada awal-awal dahulu, amat bahagia sekali. Setiap hari ibarat musim bulan madu. Usik mengusik dan saling ketawa. Saya benar-benar pernah bahagia… Bagi saya, dialah segala-galanya.
Masuk tahun ketiga bekerja saya dinaikkan pangkat. Pendapatan saya lebih stabil daripada Syed tapi saya tahu, suami adalah syurga isteri. Dengan niat mahu meringankan bebannya, saya ambil tugas membeli barang keperluan rumah kami, bayar ansuran apartmen dan bil-bil setiap bulan.
Anehnya gaji Syed semakin lama, semakin kurang. Sepertinya tidak mencukupi setiap bulan untuk menampung belanja lain. Bahagian yang patut dibayar terpaksa saya lunaskan. Kalau tidak, menimbunlah tunggakannya. Dari sebulan dua, melarat hingga berbulan-bulan. Saya redha berkorban demi keselesaan kami anak-beranak.
Bila ditanya ke mana gaji Syed, jawabnya tidak ada. Perniagaan merosot. Tiada jualan. Syarikat rugi dan macam-macam lagi. Kadang-kadang pasal duit, kami bergaduh besar. Jadi disebabkan malas bergaduh, maka saya hadam dan telan saja sikapnya.
Mula Berubah
Perubahan Syed tidak berlaku secara drastik. Dia mula suka ke gimnasium untuk membina badan sekitar tahun 2017. Ada masanya kawan-kawan gym suami datang lepak di rumah. Badan semua berotot dan sasa. Ada seorang dua yang lembut. Wajah putih bersih, bibir merah dan bercukur alis… macam pelakon Thailand!
Mereka suka datang sewaktu ketiadaan saya dan anak-anak. Bila balik rumah, saya tahu mereka datang bila sinki ada pinggan-pinggan kotor. Habuk dan puntung rokok merata. Syed sekarang sejak diberi unpaid leave oleh majikannya, selalu merungut stres. Tak ada duit. Jadi untuk hilangkan bosan, dia ajak mereka ke rumah.
Oh yea, waktu itu sebenarnya memang mencurigakan. Syed selalu main telefon, senyum seorang diri dan paling ganjil, syok ambil selfie! Bila ditegur, dia ajak pula saya bergambar katanya untuk di post ke Facebook. Sebagai isteri, saya masa tu langsung tiada syak wasangka tapi maaf cakap, sudah dua tiga bulan juga kami tidak berhubungan intim.
Kantoi Bercinta
Ads
Dua hari sebelum arahan PKP dikuat kuasakan, Allah nak tunjuk sikap sebenar Syed. Kebetulan hari tu saya kurang sihat dan dapat cuti separuh hari, jadi saya pulang dengan tujuan mahu berehat. Masa itu hanya bantal yang terbayang. Anak-anak sengaja saya biarkan di taska dulu kerana tidak larat.
Tapi sampai saja di apartmen, saya lihat pintu tak berkunci dengan beberapa pasang selipar lelaki di luar. Dengan lagak terhendap-hendap, saya berjingkit masuk ke dalam. Ya Allah! Tiba-tiba tegap di depan mata, seorang lelaki yang cukup saya kenali, iaitu suami saya sedang bersama seorang lelaki lain berasmaradana di ruang tamu kami.
Sempat saya beristighfar panjang sebelum dunia jadi gelap segelap-gelapnya. Saya terus pengsan. Entah berapa lama begitu, buka mata saja saya sudah terbujur di atas sofa. Ayat pertama yang saya dengar adalah ucapan maaf. Berkali-kali Syed mohon maaf di atas dosa yang dilakukan tadi.
Jijiknya saya melihat dia… memikirkan hubungan maksiatnya itu dan entah beribu kali telah dibuat sewaktu ketiadaan saya ke pejabat. Sungguh, saya tak sangka sampai begitu sekali. Tidak pernah terlintas dia bernafsu pada kaum sejenis, pada kawan-kawan sado yang selalu datang ke rumah. Ah, saya benci dan meluat melihat mukanya!
Ads
Petang itu saya menggeletar seluruh badan. Saya berlalu keluar tanpa sepatah kata apabila teringatkan anak-anak yang menunggu di taska. Hati saya hancur. Berkecai-kecai luruh ke hujung kaki. Tapi hendak menangis pun tak guna. Saya hilang respek pada dia, lebih teruk lagi kerana dia curang dengan kaum sejenisnya.
Membisu
Sehari selepas peristiwa itu, negara diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan. Maka saya hanya mampu stay at home bersama anak-anak dan Syed walaupun meronta-ronta hati ini mahu pulang ke rumah ibu bapa saya. Syed ada cuba-cuba memujuk dan minta saya lupakan hal tersebut. Dia janji tak buat lagi.
Sebenarnya saya dah tawar hati dengan Syed. Terkenang betapa pengorbanan selama ini, untuk dia, hanyalah sia-sia belaka. Tapi kerana simpati, saya berusaha memaafkan perbuatan suami dengan sumpah, “Akan gugur satu talak ke atas saya jika dia mengulangi maksiat keji itu”. Syed setuju.
Kini sepanjang PKP di rumah, kami lebih banyak membisu daripada bercakap. Anak-anak pun hairan, kenapa Mama asyik berkurung dalam bilik. Saya jadi begitu setiap kali nampak Syed capai telefonnya. Saya ragu-ragu jika itu semua cuma alasan untuk berhubung kekasih gelapnya.
Entahlah, saya makin bingung di rumah. Ingatkan kalau PKP berakhir dapatlah bawa masalah ini ke pejabat agama. Rancangan saya supaya Syed diberi kaunseling dan kemudian kami sama-sama dekatkan diri dengan Tuhan. Tapi nampaknya PKP dilanjutkan! Saya buntu sekarang. Doakanlah agar saya kuat dan bertemu penyelesaian terbaik untuk masalah kami ya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum habis masyarakat seluruh dunia memperkatakan mengenai ‘Wedding of The Year’ Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Pasangan romantis ini sekali lagi membuatkan ramai berbicara apabila mereka mengadakan resepsi yang gilang-gemilang. Selepas lawatan singkat ke New York City, Chopra dan Jonas telah membuat penerbangan 15 jam ke Mumbai untuk majlis perkahwinan kedua dan ketiga.
Mereka mengadakan majlis resepsi yang kedua pada Rabu lalu. Priyanka tampil memukau dengan memakai persalinan gabungan rona biru dan keemasan dipadankan bersama kalung berlian yang cukup menonjol. It’s almost blinding! Manakala Jonas tampil kacak dalam tuxedo rona kelabu bersama padanan top hitam. Sememangnya pasangan merpati dua sejoli ini tampil menyerlah.
Priyanka juga menggayakan gaun two-piece ilham pereka terkenal Ralph & Russo di majlis resepsi tersebut. Penampilan tersebut pertama kali ditunjukkan semalam oleh penata gaya Priyanka iaitu Mimi Cuttrell melalui akaun Instagram miliknya. Rekaan tersebut menonjolkan sisi feminin seolah seperti Puteri Jasmine ke dalam diri Priyanka.
Majlis resepsi ketiga atau yang terakhir akan diadakan pada hari ini dimana ia khusus buat komuniti Bollywood. Priyanka akan tampil dengan menyarungkan pakaian yang tampak mewah untuk menutup tirai majlis resepsi terakhirnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diva popular Indonesia usai mengadakan persembahan sempena Konsert Rossa 25th Shinning Years yang berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre Kuala Lumpur (KLCC) pada malam rabu lalu.
Persembahan bertenaga Rossa menghiburkan para peminat yang sanggup berbelanja besar untuk menonton persembahan Rossa sememangnya berbaloi apabila penyanyi kesayangan ramai itu menghiburkan para peminat dengan koleksi lagu-lagu popularnya.
Di sebalik persembahan vokal yang memukau, sudah tentu gaun houte couture yang digayakan oleh Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani pada segmen pembukaan merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Iris Ven Herpen yang berasal dari Belanda.
Iris Ven Herpen pernah mencipta busana eksklusif untuk selebriti A List Hollywood antaranya termasuklah Christina Aguilera, Lady Gaga, Katy Perry dan ramai lagi.
Malah Tan Sri Dato Seri Michelle Yeoh pernah menggayakan haute couture Iris Ven Herpen untuk cover Vogue Taiwan
Busana yang digayakan Rossa di segmen pembukaan konsert berharga RM235,000. Menurut Rossa, dia sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan busana tersebut sebagai satu kenangan manis buat dirinya sempena 25 tahun penglibatannya sebagai anak seni.
“Busana tersebut sememangnya amat berat. Saya sanggup mengeluarkan modal yang besar kerana mahu cipta memori indah untuk saya kenangan sepanjang kerjaya selaam 25 tahun ini. Sebelum ini Rossa pernah bekerjasama dengan pereka fesyen dari Indonesia, Singapura dan Malaysia. Sebagai kelainan, Rossa mencuba pula rekaan pereka fesyen antarabangsa.
Dalam sidang media sebelum ini, Rossa pernah berkongsi cerita di sebalik perjalanan mendapatkan khidmat Iris.
“Bukan mudah untuk mendapatkan khidmat Iris. Dia akan teliti terlebih dahulu profil seseorang artis dan melihat tujuan ia dipakai. Baju tersebut disiapkan dalam temph 400 jam, ” cerita Rossa.
Lebih menarik, busana tersebut perlu diambil di butik pereka terkenal tersebut dan busana tersebut perlu terbang ke Indonesia sebelum digayakan oleh Rossa pada siri konsertnya.
Selain itu, Rossa turut menggayakan beberapa busana pereka fesyen Indonesia di konsertnya antaranya termasuklah Didi Budiardjo, Monica Ivena, dan Rinaldy A. Yunardi.
Didi Budiardjo merupakan seorang lagenda di industri fesyen Indonesia yang dikenal dengan siluette feminin ala Parisian yang menggabungkan gaya klasik tetapi anggun dan glamor.
Sementara itu, Monica Ivena merupakan perancang busana yang karyanya pernah dipakai Taylor Swift dan Khloe Kardashian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah gambaran yang boleh dikatakan pada Siti Jamumall yang seakan-akan mendapat rezeki terpijak. “Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian perasaan pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall yang mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, semalam.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya. Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya. Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...