Dalam kemeriahan menyambut lebaran, nampaknya pasangan anak jutawan terkemuka dan usahawan berjaya Chryseis Tan dan suami tersayang, SM Faliq mengadakan majlis cukur jambul untuk anak kedua mereka, SM Arman Naza bin SM Faliq yang kini berusia 3 bulan.
Tampil sopan bergaya dengan busana rona putih serta mengenakan selendang putih di majlis cukur jambul anak keduanya, penampilan Chryseis Tan dipuji para pengikutnya di laman Instagram yang ternyata senang melihat penampilan ibu kepada dua orang cahayamata itu.
Majlis cukur jambul baby Arman sememangnya mendapat sentuhan dekorasi avant garde dan meriah di mana ia dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai kedua keluarga tokoh konglomerat terkenal ini.
Mengenakan busana putih sedondon, keluarga ini mengenakan konsep dekorasi yang memukau mata setiap tetamu yang hadir. Aroma bunga-bungaan segar melatari segenap ruang majlis sekaligus mencipta ilusi mewah dan mempersona. Sekali pandang, bagi berada di alam fantasi!
Memilih konsep floral yang memukau, perjalanan majlis nampak mewah dan elegan apatah lagi diserikan dengan alunan zikir dan nasyid dari kumpulan nasyid popular tanahair.
Chryseis Tan berkahwin dengan pewaris NAZA Group, Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018. Majlis persandingan gilang-gemilang pasangan ini telah diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang yang juga merupakan resort mewah kepunyaan Berjaya Group.
Chryseis Tan baru-baru ini telah dilantik selaku Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu yang berkuat kuasa 1 Mac lalu.
This website uses cookies.