Bagai Tak Tua-Tua! Di Usia 74 Tahun VERA WANG Tampak Muda Remaja Di Karpet Merah BAFTA, Rahsianya..Baby Oil!

Dalam dunia fesyen, nama pereka terkenal Vera Wang sudah sebati dengan persalinan gaun perkahwinan yang anggun, menawan lagi indah.  Kini, pereka berusia 73 tahun itu mengukir personanya dalam sejarah permaidani merah dengan penampilannya yang sangat muda pada majlis anugerah BAFTA membuatkan ramai yang tertarik dengan penampilannya.

Foto by ISABEL INFANTES / AFP

Bayangkan, di usia 74 tahun Vera Wang tampil anggun persis gadis remaja dengan persalinan gaun putih melepas bahu mempamerkan susuk tubuhnya yang menakjubkan, membuatkan ramai yang kagum bagaimana Vera kekal sihat, cantik dan langsing di usianya itu.

Kredit foto: Doug Peters/EMPICS/Alamy Live News

Jadi apa rahsianya? Menurut sumber Brightside.me

, Vera Wang dikenali sebagai seorang yang sangat bersederhana dari setiap segi termasuk rutin kecantikannya. Namun salah satu tip sihat dan cantik yang dikongsinya ialah mandi sekerap mungkin serta guna dan sapukan baby oil pada kulit bagi merenggang dan menenangkan kulit.

Di samping itu, Vera akan memastikan dia menggunakan krim SPF tatkala bila berada di untuk melembapkan kulit. Selain itu, Vera kekal aktif dengan perkara yang bermain golf atau menunggang basikal.

Padanlah Vera Wang tampak macam gadis seusia 30an!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus