Muncul sebagai pelawak kini nama Nabil lebih terserlah sebagai pengacara. Kepetahan Nabil mengendalikan acara membuat namanya sering menjadi pilihan stesyen televisyen mahupun badan korporat.
Walaupun jadualnya sentiasa padat tetapi Nabil sering meluangkan masa membawa keluarganya keluar bercuti ke luar negara.
“Saya kerap ke luar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock
tarikh.Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahil bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah.
Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” tutur Nabil yang telah membawa keluarganya bercuti ke Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Phuket serta Thailand.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Tambah Zira pula, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya. “Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer
dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Sumber: Majalah Keluarga Edisi April 2017
This website uses cookies.