Nama pasangan pelakon dan sweet couple Fazura dan Fattah Amin sememangnya sentiasa menjadi buah mulut netizen daripada sebelum mereka berkahwin sehingga sekarang. Baru-baru ini mereka menang besar pada malam Anugerah Telenovela 2018 dan menggondol beberapa kategori utama termasuk Pelakon Lelaki dan Wanita Telefilem Popular.

Ads

“Bagi Saya It’s Not Funny!”- FAZURA Kecewa Isu Body Shaming Jadi Bahan Lawak

Namun mereka tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Fazura telah menghantar wakil daripada pihaknya untuk menerima anugerah dan timbul pula isu penyampai anugerah ketika majlis tersebut iaitu Faezah Elai menyindir atau memerli wakilnya itu di atas pentas.

Apa yang paling memalukan, satu dewan turut ketawa dengan ayat Faezah berbunyi “Fazura selepas anak 5 orang”  kerana menganggap itu sebagai bahan lawak. Walaupun begitu, rata-rata netizen termasuklah Fazura tidak bersetuju dengan tindakan itu yang sangat memalukan dan boleh mengguris hati orang lain.

“Bagi Saya It’s Not Funny!”- FAZURA Kecewa Isu Body Shaming Jadi Bahan Lawak

Fazura berasa terpanggil untuk menyuarakan isu body shaming yang semakin berleluasa dalam industri hiburan dan dijadikan bahan lawak oleh pengacara-pengacara terutamanya dalam setiap majlis anugerah. Fazura juga menekankan isu ini tidak kelakar dan tidak disenangi oleh dirinya mahupun orang lain.

” Saya rasa setiap wanita tu cantik dengan cara tersendiri,tidak kira sama ada anda berbadan besar atau kurus, tinggi atau pendek. Setiap anugerah Allah adalah yang terindah untuk seorang wanita.

Apa yang terjadi baru-baru ini sangat mengecewakan saya kerana sepatutnya sebagai pengacara dalam sesebuah majlis anugerah kita sepatutnya memberi penghargaan kepada para pemenang dan apabila pengacara itu mengeluarkan statement tersebut ketika dia sedang berjalan di atas pentas tidak boleh diterima oleh saya.

Ads

Sudah lama saya perhatikan perkara ini dan sudah berleluasa untuk beberapa tahun dalam setiap majlis anugerah yang saya saksikan, setiap pengacara pastikan menggunakan isu body shaming ini untuk dijadikan bahan lawak dan mereka rasa itu satu benda yang kelakar, bagi saya it is not funny!”, jelas Fazura.

“Bagi Saya It’s Not Funny!”- FAZURA Kecewa Isu Body Shaming Jadi Bahan Lawak

Ads

Fazura turut meminta agar wanita di luar sana lebih berani untuk bersuara dan jangan membiarkan orang lain untuk mempengaruhi minda dan merendahkan martabat sebagai seorang wanita.

“Jangan dengar apa yang orang cakap dan jangan percaya kepada sesiapa yang menganggap wanita gemuk, pendek atau keding ini tidak cantik. Sebenarnya, mereka ini lah yang ada masalah keyakinan diri dan kepada semua wanita di luar sana anda semua cantik dan jangan biarkan orang lain merendah-rendahkan diri anda”, pesan Fazura kepada peminatnya dan semua wanita ketika ditemui di Sidang Media Malaysian Fashion & Business Mission To New York 2018 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, semalam.

Fazura memang terkenal dengan sikapnya yang cukup prihatin tentang isu-isu semasa dan juga sangat menjaga perhubungannya bersama peminat mahupun rakan-rakan. Jangan lah ada sesiapa buat hal dengan Fazura atau kenalan-kenalannya, mesti Fazura akan cuba pertahankan jika perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima olehnya. Kawan macam ini lah yang kena ada, betul tak? Jatuh bangun sama-sama.

sumber foto: instagram @missfazura

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI