Bahagia dengan anak ramai pada usia 65 tahun, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah yakin dengan rezeki-Nya meskipun lelaki seusia beliau sudah ‘bersara’ menjaga anak kecil.
Segak seperti selalu, penampilan Datuk Jamal Abdillah yang turut merupakan penerima anugerah Nona Superhero ketika ditemui selepas sidang media Majlis Makan Malam Amal Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA), Night of Love And Compassion baru-baru ini meraih tumpuan.
Ads
Memetik Sinarplus, penyanyi legenda ini memikirkan bahawa ketika ini adalah masa untuk beliau dan isteri, Datin Zai Izzati melihat anak membesar.
Pelantun lagu Gadis Melayu itu memaklumkan sebelum itu, beliau dan isteri merancang untuk tidak memiliki anak selepas kelahiran cahaya mata yang keempat.
Bagaimanapun, siapa sangka Raja Pop itu diberikan peluang sekali lagi untuk menimang cahaya mata kelima ketika beliau mencecah usia 65 tahun.
“Kalau nak ikutkan kehidupan saya pada usia ini, saya balik rumah dari kerja dan berehat.
Namun, kalau sudah rezeki (anak), takkan nak tolak,” ujar Datuk Jamal Abdillah.
Bahagia dengan anak ramai pada usia 65 tahun, Datuk Jamal Abdillah yakin dengan rezeki-Nya meskipun lelaki seusia beliau sudah ‘bersara’ menjaga anak kecil.
Walaupun ada yang mengecam penyanyi lagu ‘Kekasih Awal dan Akhir’ itu susulan berita kehamilan isteri enam bulan yang lalu, beliau mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan kata-kata itu.
Sebaliknya, ayah kepada penyanyi remaja Zaki Yamani dan Osama itu melahirkan rasa syukur dengan kurniaan Yang Maha Esa kerana masih diberikan peluang untuk menjaga amanah dari Tuhan.
Ads
“Sekarang ini generasi muda tak mahukan anak ramai, cukup sekadar dua cahaya mata. Namun bagi saya, anak adalah anugerah dan setiap zuriat yang lahir ada rezeki sendiri,” ujarnya.
Pun begitu, Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun beliau percaya dirinya dan isteri hanyalah sebagai perantara bagi rezeki anak-anak.
MAJLIS AMAL
Dalam perkembangan tersebut, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan bakal digandingkan dalam satu pentas pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan TMESA, Night of Love And Compassion yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.
Ads
Penampilan duo selebriti tanah air itu disifatkan sebagai satu pilihan ‘evergreen’ dan diyakini mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai tanpa mengira usia.
Dengan sasaran kutipan RM1 juta, hasilnya akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan kegiatan kebajikan dan tajaan kepada pelajar yang memerlukan.
TMESA juga mahu meneruskan program ‘Sponsor A Student’ (SAS) yang kini telah membantu lebih 1000 pelajar yang rata-ratanya daripada kalangan keluarga daif.
Orang ramai boleh membeli tiket bagi majlis tersebut pada harga RM15,000, RM10,000, RM8,000, RM6,000 dan RM4,000 bagi satu meja.
Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket boleh menghubungi Hatta, di talian 018-2239934 atau Nik Ahmad, 019-4524567.
Bukan calang-calang orang yang mampu pikul mandat, galas amanah sebagai anak sulung seperti Mila Jirin yang gigih cari rezeki untuk sara keluarga tercinta.
Mengakui jalan kehidupannya yang serba kekurangan sewaktu kecil, Mila Jirin yang kini menginjak usia 36 tahun bangkit membuktikan bakatnya sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (2007).
Sejak itu Mila melangkah terus melakar namanya sebagai penyanyi dan usahawan berjaya, malah hari ini, empayar Bizmilla Wedding Centre yang didirikan berdiri utuh sebaris gergasi bisnes lain di Malaysia.
Namun tak semuanya seindah yang dilihat. Bercerita hati ke hati kepada Nona di Bizmilla Garden Hall, Mila atau Noorsyarmilla Jirin tenang bercerita pengalaman hidupnya sebagai anak sulung.
“Saya datang dari keluarga yang susah. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umur 17 tahun saya sudah bekerja menyara dan bantu keluarga.
Saya menyaksikan mak ayah saya susahnya sampai tahap, kalau hujan turun, kami berlari-lari mencari bekas untuk menadah air yang masuk melalui atap bocor. Betapa daifnya kehidupan keluarga, tinggal pula dalam rumah yang hanya mempunyai 1 bilik,” cerita Mila.
ANAK SULUNG
Diminta berkongsi kenangan bersama ibu tersayang, jelas anak kelahiran Pulau Mutiara itu lagi, kenangan menaiki motosikal sewaktu kecil bersama syurganya itu menjadi kenangan yang cukup manis.
“Waktu itu, ibu mahu membawa saya ke hospital. Bayangkan, kami dua beranak terpaksa menaiki motor yang memakan masa sejam perjalanan dari rumah saya di kampung. Ketika itu, usia saya baru memasuki 15 tahun.
“Saya masih dapat membayangkan situasi ibu ketika itu kerana mahu memastikan saya selamat,” ceritanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri itu tekad menjadikan kepayahan hidup yang dilaluinya dijadikan semangat untuk tetap berjuang demi menyara keluarga tercinta.
“Itulah yang menjadi sumber untuk saya mengejar cita-cita dan impian demi nak keluarkan keluarga saya daripada kesusahan. Alhamdulillah Allah rezekikan saya menjadi anak seni seawal usia 19 tahun, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bawa mak ayah serta adik-adik.
Bermulalah episod menjadi ketua keluarga, di mana saya paksa mak ayah saya untuk tidak bekerja. Bila bercakap tentang menggalas amanah, ujian tu memang macam-macam tapi Alhamdulillah saya dapat atasi satu per satu.”
Selepas mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, kehidupan Mila sekeluarga mula berubah.
Pada 2013, penubuhan Bizmilla telah menjadikan mereka muncul pelopor industri di bawah satu bumbung bagi majlis perkahwinan yang kini mempunyai rangkaian luas dalam industri berkenaan termasuk memiliki lapan dewan perkahwinan.
Sejak awal PKP 1.0 dilaksanakan, industri pelancongan terjejas teruk dengan pelbagai sekatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Terpanggil untuk berkongsi realiti ini, Nona mendapatkan pandangan Ketua Pegawai Eksekutif My Balloon Adventure, Nur Izzati Khairudin.
Bagi penggiat sukan belon udara panas, situasi ini bermakna mata pencarian mereka sebagai pengendali perkhidmatan belon udara turut tersekat. Pelanggan tidak boleh menempah serta banyak pesta belon udara panas telah ditunda.
Salah satu acara yang mencipta sejarah tersendiri buat My Balloon Adventure adalah sewaktu surprise proposal Engku Emran dan Noor Nabila awal tahun ini.
Izzati dan Atiqah antara ‘orang kuat’ di sebalik kejutan pengantin baru tersebut dimana seawal pagi lagi mereka membelah awan biru, diikuti sesi menaiki ATV, bersarapan dan kemunculan khas selebriti Ferhad untuk menghiburkan mereka.
Menurutnya, dugaan ekonomi terasa semakin menekan menjelang pelaksanaan total lockdown tidak lama lagi. Izzati dan Atiqah merupakan juruterbang wanita pertama negara yang memiliki lesen mengemudi belon udara panas dari CAAM.
Mengambil ibrah dari penutupan sektor ekonomi sepenuhnya, luahan hati Izzati ini harus dijadikan kekuatan bagi kita meneruskan kehidupan. Jika beliau mampu bertahan, bermakna kita juga mampu melalui dugaan dengan positif!
“Jujurnya saya lega mendengar pengumuman lockdown semalam. Sebelum ni saya dah berkali-kali berbincang sesama usahawan lain yang turut terjejas teruk dengan pelaksanaan PKP.
Saya percaya bahawa total lockdown adalah satu-satunya cara untuk mengatasi keadaan sekarang.
Sebagai usahawan, saya lebih sanggup rugi untuk sebulan daripada enam bulan dalam keadaan begini.
Tanpa total lockdown, bayangkan kedai-kedai dibuka tapi shopping mall kosong. Seperti berniaga dalam kerugian!
Kalaulah kerajaan laksanakan total lockdown sebelum Hari Raya lagi, mungkin hari ini kes dah berkurang separuh daripada sekarang.
Saya tahu orang atasan mungkin ‘tertekan’ dengan desakan syarikat-syarikat besar, tapi kalian lupa kami, ikan-ikan kecil yang bergelut untuk beroperasi dengan sekatan pelancongan yang terhad.
Kami dalam industri berjuang mencari rezeki sejak bulan Januari, tapi yang pastinya sekatan yang dibuat langsung tidak memberi kesan terhadap peningkatan kes sekarang.” Izzati Khairudin
SIMPATI
Tambah beliau lagi, hatinya terguris melihat pengorbanan petugas barisan depan yang keletihan menangani pesakit COVID-19.
“Jadi saya yakin walaupun keputusan total lockdown minggu depan dibuat sangat lambat, tapi itulah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan sektor ekonomi dan sosial negara.
Marilah kita bersatu hati menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Kita pernah lakukan bersama, dan kita akan lakukan ini sekali lagi,” akhiri Izzati yang menyimpan azam untuk terbang bebas sekali lagi.
Foto: Instagram Izzati Khairudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SubhanAllah, kagum tengok hasil lukisan Ustazah Asni Abu Mansor! Di sebalik setiap kehalusan seni yang dilakarnya di atas kanvas putih, terselit kalimah suci Allah dan coretan khat yang cukup indah. Mengamati karya seni bekas juri program Da’i ini, terserlah kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dan elemen islamik.
Sering tampil spontan dan petah menyampaikan dakwah di kaca televisyen, Ustazah Asni sememangnya seorang yang punya aura tersendiri. Lebih-lebih lagi tatkala mengutarakan hujah-hujahnya. Yang mendengar pasti tertarik dan yakin dengan apa yang ingin disampaikan. Selain melukis sebagai terapi diri, Ustazah Asni turut menjual karya seninya kepada individu yang berminat.
‘Luahan’ ilham ustazah berusia 43 tahun ini juga dipamerkan dalam beberapa program berbentuk islamik di stesen televisyen. Antaranya lukisan Kaabah, Demi Langit dan Alburuj Galaxy semasa siaran Nasi Lemak Kopi O.
Beruntung sungguh Ustazah Asni kerana bukan hanya dikurniakan kelebihan berdakwah malah memiliki kemahiran dalam lukisan.
Sumber: Instagram @asnimansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...