Kalau sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas personalitinya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura merupakan salah seorang artis yang mempunyai reputasi bersih daripada kontroversi. Punya keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.
Kesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura. Apa pun, rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.
“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Baru-baru ini saya diberi rezeki untuk membawa nama KA.AB Skincare. Ia seolah-olah membuka ruang untuk saya menjaga kulit dengan lebih sedikit dari sebelum ni. Alhamdulillah produk tersebut bersesuaian dengan kulit saya. Jadi saya teruskan menggunakannya.
Ads
Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana. Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala. Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu.
Usia akan terus meningkat dan kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu. Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.
Ads
Jadi kita akan lebih bersedia contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Jadi kita kena tahu sebab kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama. Jadi bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.
KEBAHAGIAAN 21 TAHUN
Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing. Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.
Ads
Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa. Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura yang berpesan kepada para isteri dan ibu agar mengambil peluang sepanjang pandemik ini untuk mengutip seberapa banyak pahala.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.
Kredit Foto: Instagram @amymasturalerr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam Nona Superhero Award menoktahkan pelbagai kenangan suka dukanya, malam tadi. Kemuncak majlis apabila hero banjir Malaysia, Abang Viva melangkah ke pentas bersama ibu tercinta, Norbibah Hashim untuk menerima penghargaan khas Majalah Nona.
Saat itu, semua tetamu memberikan standing ovation sebagai tanda penghormatan terhadap keikhlasan Azwan Omar!
Dari Melaka ke Hotel One World Petaling Jaya, kehadiran Abang Viva bersama ibu bapanya semalam merupakan antara detik-detik manis penerima anugerah Nona Superhero Award bersama 25 penerima anugerah utama yang lain.
Ternyata bantuan solo Abang Viva sewaktu banjir melanda pada hujung tahun lalu, menyentuh hati rakyat Malaysia.
Meskipun bukan siapa-siapa, tapi keikhlasannya membawa bot, meredah air keruh dan menyelamatkan mangsa banjir cukup menyedarkan kita bahawa tindakan pantas itu menyelamatkan banyak nyawa.
Abang Viva bersama ibu bapa, Norbibah Hashim dan Omar Pilus
Majlis yang berlangsung pada Rabu, menyaksikan sebanyak 23 kategori anugerah Nona Superhero disampaikan kepada lelaki-lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021.
Diperindahkan oleh penaja utama, IDW Design & Build Sdn Bhd, majlis bermula seawal jam 7.30 malam untuk sesi karpet merah.
Suasana ruang legar Topaz Ballroom, Hotel One World Petaling Jaya bertambah elegan dengan satu sudut khas yang menampilkan konsep rekaan dalaman sentuhan IDW Design & Build Sdn Bhd yang ‘menangkap’ mata para tetamu untuk mengabadikan foto kenangan.
Laluan khas menyaksikan penampilan ramai public figures termasuk YM Tengku Datin Sri Zawyah, Puan Sri Faridah Idris, Datin Adzliana Hassan, Wak Doyok, Dr Say Shazril, Mawar Karim serta ramai usahawan berjaya negara yang menunjukkan sokongan penuh terhadap Majalah Nona.
Kehadiran tetamu utama iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Haji Omar dan Puan Sri Nooraisha Farizan; Ketua Setiausaha MEDAC iaitu Dato’ Suriani Ahmad; YM Tengku Hishammudin Zaizi dan Datin Hezita Hafiz serta Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv iaitu Syamil Fahim Mohamed Fahim menambah keserian majlis.
Dari kiri: Syamil Fahim, Tan Sri Noh Omar, Puan Sri Nooraisha, Hanim Fariza, Dato’ Suriani Ahmad
YM Tengku Hishammuddin Zaizi, Datin Hezita Hafiz
Dari kiri: Dato’ Sri Rayyan Joseph, Tengku Datin Sri Zawyah, Kiffy Razak, Dato’ Bard, Puan Sri Faridah Idris
IDr Lokman Hakim, IDr Rabiatul Adawiyah
Shaik Rizal, Noryn Aziz
Wak Doyok
Mawar Karim
Dr Say Shazril, Dr Azura Abas
Awal Ashaari, Datin Adzliana Hassan, Scha Alyahya
Dari kiri: Nurul Hidayati, Ruzaini Jamil, Rizman Nordin, Nurida Suraya
Abdul Latif Romly, Nurul Nabila Farhana
Zirra Abdullah, Aliff Kadir
Mohd Faizul Rohban
Wawa Idris
Vincent Lua
YM Datin Raja Riza, Naqiuddin Imran
Chef Riz
Dato;’ Sri Eizlan Yusof, Datin Sri Natasha Rosa
Dato’ Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati
BERTENAGA
Bersempena ulang tahun penerbitan Majalah Nona ke-35, turut diadakan adalah acara memotong kek sebagai simbolik meraikan momen tersebut.
Ini disusuli dengan acara pelancaran apps IDW Design yang menawarkan pelbagai ciri-ciri rekaan hiasan dalaman terbaik, laksana pakar interior designer di hujung jari.
Sambutan ulang tahun ke-35 Majalah Nona
Acara pelancaran apps IDW Design
Majalah Nona membariskan lelaki-lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021.
Sebagai kesinambungan Nona Superwoman Award, fenomena ini diteruskan dalam Nona Superhero Award buat julung kalinya bagi mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik melalui 23 kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya.
Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali pertama ini cukup bermakna kerana ia adalah tanda penghargaan wanita kepada golongan lelaki.
“Sempena ulang tahun ke-35 Majalah Nona, saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini dapat juga dilaksanakan meskipun negara masih dilanda pandemik COVID-19 dan musibah banjir hujung tahun lalu.
Kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki-lelaki hebat yang menjadi wira sebenar sepanjang menempuh tahun 2021 yang mencabar.
Setiap individu yang diraikan pada malam ini juga adalah antara yang turut terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi namun masih mampu bertahan dengan semangat yang kuat. Tahniah kami ucapkan.” Kiffy Razak
Radin Amir sebagai pengacara majlis
Noryn Aziz
Dato’ Jamal Abdillah
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan yang dihoskan oleh Radin Amir Effendi ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Dato’ Jamal Abdillah dan Noryn Aziz.
Majlis bertemakan Glam Suit ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design & Build Sdn Bhd.
Ia telah distrimkan secara langsung melalui YouTube, Facebook dan Instagram Majalah Nona bersama hashtags rasmi #nonasuperheroaward dan #nonasuperhero.
Syabas dan semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang pada tahun 2022!
SENARAI PENERIMA ANUGERAH
Nona Superhero Award
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Nona Superhero Award
Azwan Omar
Nona Men’s Corporate Award
Datuk Kamarudin Meranun
Nona Men’s Social Media Influencer Award
Ariz Ramli
Nona Men’s Business Mentor Award
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Nona Men’s Legend Award
Dato’ Jamal Abdillah
Nona Men’s Fashion Designer Award
Rizman Nordin & Ruzaini Jamil
Nona Men’s Style Icon Award
Awal Ashaari
Nona Men’s Inspiring Award
Syed Saddiq
Nona Men’s Chef Celebrity Business Award
Datuk Dr Redzuawan Ismail
Nona Men’s Celebrity Achievement Award
Dato’ Sri Eizlan Yusof
Nona Men’s Charity Award
Dato’ Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus
Nona Men’s Paralympic Award
Abdul Latif Romly
Nona Best Interior Designer Award
IDr Lokman Hakim Ahmad Subki
IDr Rabiatul Adawiyah Rasol
Nona Best Men’s Innovative Interior Designer Award
IDr Lokman Hakim Ahmad Subki
Nona Best Halal Skincare Award
Aliff Kadir & Zirra Abdullah
Nona Best Beauty Supplement Award
Muhammad Iddin Syah
Nona Best Men’s Fashion Brand Award
Muhd Hilmi Che Azman
Nona Best Business Strategies Award
Dr CK Koh
Nona Best Innovative F&B Business Award
Vincent Lua
Nona Outstanding Business Award
Hafiz Hiew
Nona Successful Young CEO Award
Safwan Ismail
Nona Best Men’s Halal Beauty Award Mohd Faizul Rohban Ahmad
Foto: Nu Ideaktiv
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila berada di tanah suci Mekah tiada lagi perbezaan darjat mahupun pangkat. Semua yang ada sama di sisi Allah SWT.
Pengalaman kali pertama menunaikan umrah pada Mac 2019 telah membawa perubahan besar dalam kehidupan jurutera wanita, Surina Mohd Zain. Ia juga mengajar Surina menjadi seorang yang redha dengan takdir Allah SWT.
Lebih membahagiakan Surina apabila niatnya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sebelum usia 40 tahun termakbul.
“Setiap kali selesai solat saya sering berdoa semoga suatu hari nanti saya dapat ke tanah suci sebelum usia 40 tahun. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan apabila pada Mac 2019 saya berpeluang menunaikan umrah untuk pertama kalinya pada usia 39 tahun.
Sejak dulu saya memang dah berniat, sebelum umur 40 tahun mesti ada turning points ke arah kebaikan termasuk tujuan hidup. Objektif hidup saya ialah berjaya di dunia dan akhirat.
Saya ke tanah suci pada 20-30 Mac 2019 diuruskan oleh agensi pelancongan berdaftar, Qalesya Travel & Services Sdn Bhd.
PENGALAMAN PERTAMA
Memandangkan ini pengalaman pertama saya, segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Sewaktu menjejakkan kaki ke tanah suci perasaan saya berlainan sekali, tidak seperti beberapa trip yang pernah saya pergi sebelum ini. Ia cukup membahagiakan dan menenangkan jiwa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Saya berpeluang menunaikan solat di Hijir Ismail selama 30 minit. Saya juga dapat mencium Hajarul Aswad dengan pertolongan 2 wanita dari Indonesia termasuk menjejakkan kaki ke Raudah. Saya dapat bersolat dan berdoa dengan selesa. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan atas izin-Nya.
Cuma saya tidak berkesempatan untuk melakukan tawaf wida’ kerana tiba-tiba datang haid. Selepas makan ubat, haid berhenti dan saya dapat meneruskan ibadah semula di Madinah.”
PERISTIWA MENAKJUBKAN
“Peristiwa ini terjadi ketika saya berniat hendak membawa kerusi wakaf masjid ke hotel atas sebab tertentu. Nak dijadikan cerita ketika saya hendak mengambilnya di masjid, kerusi itu dah tiada di tempatnya. Lantas saya berniat untuk mencarinya semula esok selepas Subuh. Saya kembali ke hotel.
Namun apa yang berlaku amat menakjubkan. Pulang saja dari menunaikan solat isyak di masjid saya terkejut apabila melihat kerusi itu ada di depan pintu bilik hotel. Subhanallah!”
TERUS ISTIQAMAH
“Pengalaman ke tanah suci telah menjadikan saya seorang yang lebih redha dengan takdir Allah SWT. Saya percaya kita mesti berbuat baik dalam apa jua perkara mahupun keadaan demi mendapatkan ganjaran kebaikan dari Allah SWT. Semuanya kerana Dia.
Bersama sahabat karib yang sentiasa setia di kala susah mahupun senang.
Bagi saya segala yang dilakukan mahupuan kejayaan adalah untuk dunia dan akhirat. Ia perlu selari dan berpandukan ajaran serta undang-undang Islam. Secara tak langsung saya dapat menjaga penampilan dan kelakuan dengan baik.
Impian saya selepas ini ialah untuk menunaikan ibadah haji pula. Never say good bye to Kaabah and Mecca. I will come back. Rindu sangat!”
Kredit Foto: Instagram Surina Mohd Zain
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah berkahwin, masing-masing sibuk merancang untuk dapat anak. Ada yang berusaha keras nak mengandung awal dan ada juga jenis ‘follow the flow’. Bila dapat khabar gembira dah mengandung, panjang pula senarai benda do and don’ts sepanjang kehamilan termasuklah senarai ayat dan surah WAJIB baca untuk dapatkan anak yang soleh, comel, bijak dan macam-macam lagi.
Dalam perkongsian Facebook Puan Adlil Rajiah, sejak mengandungkan anak lelakinya Ashraf Haikal, surah Luqman sentiasa diamalkan sedari trimester kedua sehingga anaknya bercerai susu pada usia tiga tahun. Surah ini juga bagai menyuntik semangatnya untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik di saat-saat dirinya sedang down.
Setiap kali rasa gagal sebagai ibu– surah ini lah yang memujuk saya untuk kembali mencuba. . Setiap kali rasa macam nak terjun bangunan tak larat dah nak hadap semua benda– surah ni jugak lah yang kutip semula setiap kepingan hati yang pecah. . Sekarang, Haikal dah 7 tahun– dan dia pula yang recite surah ni untuk hiburkan hati kami sekeluarga. ?
Satu ketika dahulu, kisah Puan Adlil Rajiah pernah viral lima tahun lepas kerana anaknya di diagnos sebagai ‘excessive screen exposure’ oleh doktor psikiatri dan mempunyai ciri-ciri sangat mirip autism. Kini anaknya sudah pulih sepenuhnya dan beliau menjadikan pengalamannya sebagai pusat rujukan ibu bapa. Kini, beliau juga banyak berkongsi ilmu dalam mengkaji manusia generasi skrin dalam laman FB dan buku yang dihasilkan.
Intipati surah Luqman yang dikongsikan pula sangat menarik kerana ia dari pengalaman beliau sendiri.
Untuk post kali ni, saya nak share tentang intipati surah Luqman — terutama kebijaksanaan parenting style Luqman Al Hakim, sehingga dia dimuliakan oleh Allah dan dijadikan contoh buat seluruh umat.
Luqman Al Hakim ni bukan nabi atau rasul– malah “orang biasa” saje. Tapi disebabkan oleh kebijaksanaan dan kehalusannya dalam mentarbiyah anaknya, maka diangkat namanya dalam Al-Quran.
“Pesanan Luqman kepada anaknya yang direkodkan dalam surah Luqman ni sebenarnya adalah guideline kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak, supaya anak-anak selamat di dunia dan di akhirat, dan supaya kita tenang dalam lubang kubur.”kata Puan Adlil.
Parenting Tips dari surah Luqman
?Bina “jambatan” yang baik dengan anak, panggil dengan nama-nama indah, sebelum kita terapkan tauhid, ibadah dan akidah.
? Sentiasa ingatkan anak– jangan sesekali percaya ada tuhan selain Allah. Kerana syirik– adalah satu jenayah yang amat besar.
? Untuk lebih meyakinkan anak bahawa satu-satunya tuhan adalah Allah. Ajak mereka renung betapa magisnya alam rahim. Masa anak berada dalam rahim ibu, takde siapa yang melindungi, takde siapa yang beri kesempurnaan pada rupa fizikal, fungsi organ, dan sebagainya– melainkan Allah. Alam rahim adalah bukti kuasa dan kasih sayang Allah terhadap manusia.
? Ajak anak zahirkan kepercayaannya kepada Allah– dengan mendirikan solat.
? Sambil ajar anak solat, fahamkan mereka– kenapa kena solat? Tunjuk bukti2 kewujudan Allah, dan tanya anak — cuba tengok burung tu, agaknya siapa yang bagi dia keupayaan untuk terbang? Tengok bulan, siapa yang bagi dia cahaya cantik dan bentuk bulat tepat dan tanpa gagal keluar di malam hari? Dan tengok pula diri kita, tengok tangan kaki kita, tengok mata telinga hidung kita, siapa yang bagi nikmat ni semua? Solat– adalah bukti kita terima kasih pada Allah, dan mohon Dia pelihara semua nikmat ini.
? Ajar anak solat, paling lewat pada usia 7 tahun, dan jangan gunakan rotan. Ajar dengan sabar & penuh hikmah. Umur 10 tahun– baru rotan bila anak tak solat dengan sengaja.
? Beritahu anak tentang akibat kalau tak solat– jenayah yg kita lakukan (tak solat) pasti akan dibalas di Hari Kiamat nanti. Sebutir pasir yang bergerak di dasar laut pun Allah tahu– apatah lagi bila kita tinggal solat. Allah Maha Tahu Lagi Teliti.
? Didik anak solat, sebab solat yang sempurna itulah yang akan membentuk akhlak terpuji– tak sombong, lembut tutur kata, rendah diri, bijak mengawal emosi, sentiasa bersederhana– menjadi orang yang disenangi dan disayangi.
? Bula anak mula rasa kemanisan dan kenikmatan bersolat, ajak anak berdakwah dan mengajak orang lain berbuat kebaikan–amal makruf nahi mungkar.
? Berdakwah dan mengajak orang berbuat kebaikan, akan membentuk kesabaran dan kematangan dalam diri.
? Ciri-ciri orang yang capai darjat tinggi di sisi Allah– sabar, tak terkesan emosi dgn keadaan sekeliling, tenang bila berbicara, tak meninggi suara dan tak sombong.
? Ajar anak bersyukur– Bagi 2 kertas pada anak: Kertas pertama suruh dia tulis apa yg dia nak, dan kertas kedua suruh dia tulis benda yg dia dah ada. Pastinya, senarai kertas pertama lebih panjang dari kertas kedua. Itu lumrah manusia– sentiasa nak apa yg belum ada di tangan. Ajar anak– tak salah untuk bercita2, tapi jangan lupa syukur dulu dengan apa yang Allah dah bagi.
? SYUKUR– dapat bantu kita create happiness dalam diri dan bijak mengawal nafsu serta emosi.
? Bila kita bagi nasihat pada anak, jangan berharap anak berubah kerana nasihat kita. Sebab yg beri hidayah pada anak ialah Allah. Ibu bapa berhak mendidik anak sebaiknya, tapi ingat– Allah juga sedang mendidik ibu bapa melalui anak2. Setiap usaha kita bukan untuk dapat respon daripada anak, tapi untuk dapat respon daripada Allah.
? Kisah Luqman bukan sekadar contoh dakwah seorang bapa kepada anak, tapi contoh dakwah kepada semua manusia. Bila berdakwah kepada sesiapa sahaja, pandanglah mereka seperti “anak” — dengan pandangan kasih sayang dan penuh sabar. Bila nampak orang yang masih buat kemungkaran, pandang mereka seperti anak kecil yang masih merangkak dalam belajar agama.
Sempat juga beliau titip pesanan untuk ibu bapa:
“Tinggalkan handphone masing-masing dan bersamalah anak-anak. Lihat kuasa dan kasih Allah pada mereka.”katanya.
Sumber: Nota peribadi saya ketika belajar Taddabur Surah Luqman dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman (Laman FB Adlil Rajiah)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...