Kalau sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas personalitinya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura merupakan salah seorang artis yang mempunyai reputasi bersih daripada kontroversi. Punya keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.
Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana. Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala. Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu.
Usia akan terus meningkat dan kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu. Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.
Jadi kita akan lebih bersedia contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Jadi kita kena tahu sebab kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama. Jadi bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.
Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing. Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.
This website uses cookies.