Scarlet Johansson dan suami, Colin Jost berkahwin pada tahun 2020. Kehidupan dalam perkahwinan pasangan selebriti Hollywood terkenal ini dipenuhi dengan gelak tawa dan kegembiraan.
Dalam temu bual dengan CBS Mornings pada 12 Jun 2023 lalu, Scarlett yang kini berusia 38 tahun mendedahkan apa yang mereka lakukan untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
“Kami banyak ketawa dan berkomunikasi antara satu sama lain,” kongsi Scarlett mengenai suaminya yang merupakan bintang Saturday Night Live. Pasangan ini bergelar suami isteri sejak tiga tahun.
Tambah Scarlett, suaminya cenderung menjadi lebih “introvert” dan dia memastikan untuk berhubung dengannya.
“Saya berkahwin dengan seorang pelakon, pelawak dan penulis komedi. Dia kadang-kadang agak introvert. Saya pula seorang ekstrovert.
“Jadi, saya fikir kunci untuk kita sentiasa berkomunikasi dan bertanya setiap hari, ‘Bagaimana hari anda?’”
Semasa temu bual, bintang Black Widow itu anggun dalam gaun putih yang elegan. Scarlett melengkapkan penampilanya itu dengan sepasang kasut tumit tinggi.
Ibu dua anak ini turut berkongsi rutin penjagaan kulitnya. Scarlett pernah mengalami kulit berjerawat sepanjang usia 20-an.
“Saya mula menggunakan produk yang sangat lembut sekaligus mengembalikan kelembapan kulit wajah. Ketika itulah kulit saya mulai pulih dengan sendirinya,” kongsi Scarlett.
Pada Mei lalu, Scarlett dan suami beraksi di karpet merah di Festival Filem Cannes. Memandangkan suaminya sering berada di bandar New York atas urusan kerja, momen seumpama itu jarang berlaku.
Pun begitu, mereka kekal bahagia dengan cara tersendiri.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona