Meriah tengok keluarga bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez. Bersandarkan kemewahan hidup yang dinikmati hari ini, pasangan berkenaan bertambah bahagia apabila dikelilingi lima anak tersayang.

IKLAN

Georgina yang berasal dari perkampungan kecil di Jaca, Selatan Sepanyol hidup mewah dan glamor selepas bergelar tunang kepada pemain bola sepak kelab Manchester United tersebut.

Kira-kira enam tahun menjalin hubungan cinta, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Alana Martina yang lahir pada 12 November 2017 dan pada 18 April lalu, Georgina selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang diberi nama Bella Esmeralda.

Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio

Memetik laporan media antarabangsa, Georgina sepatutnya bersalin sepasang anak kembar lelaki dan perempuan namun bayi lelaki mereka tidak dapat diselamatkan. Akur dengan takdir, Georgina turut dilaporkan menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo.

Memang baik hati ibu berusia 28 tahun ini. Patutlah Ronaldo sayang!

Mengintai Instagram wanita kelahiran Buenos Aires, Argentina ini, pelbagai koleksi, saiz dan warna beg tangan Hermes ada dalam simpanan Georgina. Itu belum kira kasut, jam tangan dan barangan aksesori lain.

Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio

Menelusuri latar belakang Georgina, dia merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Argentina yang dikenali sebagai Jorge manakala ibunya bernama Ana. Ketika kecil, Georgina bercita-cita mahu menjadi seorang penari balet namun terpaksa melupakan impian tersebut kerana kesempitan hidup keluarganya.

IKLAN

Georgina juga pernah tinggal di sebuah apartmen yang kecil dan bekerja sebagai pelayan restoran sebelum berhijrah ke Bristol pada usia 19 tahun. Ketika berada di Bristol, Georgina diambil bekerja sebagai pengasuh budak dan menerima bayaran USD18.50 sejam.

Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio
Bahagia Dikelilingi Ramai Anak, GEORGINA Seronok Jadi Ibu 5 Cahaya Mata RONALDO!
Credit Instagram @georginagio

Berkat kesungguhan mahu menjalani hidup lebih baik, dia gigih mempelajari kemahiran berbahasa dan kembali semula ke Sepanyol dan bekerja di butik jenama mewah di Madrid. Dia kemudian diterima bekerja di butik Gucci dan di situlah Georgina dan Ronaldo bertemu sebelum menjalin hubungan lebih serius hingga sekarang.

IKLAN

Walau sibuk menguruskan lima anak, Georgina turut memanfaatkan masa dengan mengambil kelas tarian profesional dan mengikuti kelas pengajian Bahasa Inggeris di London untuk meneruskan kerjayanya sebagai peragawati.

Sumber: thesun.co.uk

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI