Tersentuh dengan post yang Ustaz Ebit kongsikan dalam laman Instagramnya. Berapa ramai suami yang tersentuh dengan pengorbanan isteri dan terus bantu isterinya di rumah?

IKLAN

 Panjang lebar post Ustaz Ebit, dengan iringan lagu yang betul-betul menyusup jiwa. Cuti hujung minggu lalu, Ustaz Ebit bantu isterinya ke kedai dobi kerana mesin basuh di rumah rosak. Bukan sahaja isteri terpaksa membawa baju yang berbakul ke kedai dobi, dibawanya bersama anak-anak.

 Cuti hari ni, tolong bidadari dobi baju. Mesin basuh dekat rumah rosak repair. Cian bidadari saya kena pergi dobi. Dengan anak-anak lagi. Ya Allah. Rupanya boleh tahan penatnya nak angkat bakul-bakul ni semua. Berdosanya saya. Kuatnya bidadari saya dan semua wanita diluar sana. Ramai juga di dobi. Ada yang bawa baby dan anak kecil risau tengok.”

View this post on Instagram

Cuti hari ni, tolong bidadari dobi baju. Mesin basuh dekat rumah rosak repair. Cian bidadari saya kena pergi dobi😭😭. Dengan anak-anak lagi. Ya Allah. Rupanya leh tahan penatnya nak angkat bakul-bakul ni semua. Berdosanya saya. Kuatnya bidadari saya dan semua wanita diluar sana. Ramai juga di dobi. Ada yang bawa baby dan anak kecil risau tengok . Mana nak angkat bakul. Mana nak pegang anak. Allahu. Saya tolong seorang kakak tu bakul dia jatuh. Masukkan baju dia. Ya Allah ampunkanlah diriku ini. Bahagia dapat bantu bidadari. Bertambah jatuh cinta pada bidadariku. Ini semua kerja abang. Bidadari sayang abang tolong buat semua. Terima kaseh bidadariku. . Kena 4 bakul nak angkat. Lipat duduk bawah camni sakit juga pinggang. Dan kena seninya. Nak susun ikut almari. Mana baju ayah mak. Mana baju anak no 1. No 2 . No 3. No 4. Ya Allah. Lenguh rasa . Ya Allah berilah bidadariku sentiasa sihat,cantik, kuat dan bahagia sentiasa. Berilah syurga Firdaus buat dirinya. I love u bidadariku. Berat kerja ni semua. Semoga Allah rahmati semua wanita, isteri dan ibu didunia ini. Ya Allah mudahkan nak beli mesin basuh hadiah buat bidadariku😭-ebitlew #subscribeYoutubeEbitlew #www.keluargasunnah.com #tourOktober2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kata Ustaz Ebit, beliau pernah bantu seorang wanita yang terjatuh bakul. Terus teringatkan isteri di rumah. sungguh bahagianya Ustaz Ebit apabila dapat membantu bidadarinya meringankan kerja rumah. Seronok membaca setiap post dari Ustaz Ebit, lebih-lebih lagi kisah rumahtangganya. Romatik betul!

View this post on Instagram

Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku. Terima kaseh bidadariku sayang . Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak. Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi. Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian. Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat . Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di Ramadhan. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu-ebit lew #tourkeluargasunnahoktober2019 #www.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

IKLAN

Kadang-kadang sebagai suami, kita perlu juga memanjakan isteri. Jika bukan dari segi material, cukup juga sekadar perhatian dan kasih sayang. Paling seronok apabila si suami ringan tulang untuk bantu kerja-kerja rumah.

IKLAN
View this post on Instagram

Dah malam ni saja masuk dapur teringin nak masak. Bersepah dapur bila saya masak dapur. Hehe. Masak lebih sikit nak beri sikit pada orang lain . Sayu macam manalah yer sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Kasihan Ramadhan ni 10x tenaga penat lebih dari biasa. Begitulah kebanyakan wanita…ni dah malam masak untuk sahur . Isteri lak senyum-senyum tengok suami..macam biasa.sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang bidadari abang tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer. Bidadariku tidur awal yee. Bukan selalu abang ada dekat rumah. Hari ni tarawih dengan keluarga jer. Esok 5ptg di Masjid Cina Ipoh. Lusa 5ptg-9mlm di Stadium Kota Bharu Kelantan. . Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer. Story ig dan wanita tak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu . Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa . Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas . Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis . Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil . Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Allahuakbar..ya Allah sayangilah bidadariku. Ya Allah bekatilah pasangan hidup kami-ebitlew #TourKeluargaSunnahOktober2019 #semuaNegeri #keluargaSunnah

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kredit video: Instagram Ustaz Ebit Lew

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI