Memang benar bahagia seorang ibu apabila melihat anak-anaknya saling sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Ibu mana yang mahu melihat anak-anaknya bercakaran sesama sendiri. Jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida terharu melihat anak perempuannya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen membuat kejutan menghadiahkan adiknya kasut jenama mewah.

IKLAN

Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman memang begitu menyayangi anak-anaknya dan seronok melihat telatahnya menyakat anak-anak di laman media sosial. Sebenarnya Dato’ Seri Vida memang suka bergurau manja dengan anak-anaknya apabila melihat sendiri kemesraan anak beranak ini ketika kesempatan berkunjung ke kediaman wanita ini di Ipoh, Perak sedikit masa dahulu.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @datoserivida

Namun, jauh di sudut hati wanita yang cekal ini, mahu anak-anaknya berjaya di dunia dan juga di akhirat. Siapa lagi yang akan mewarisi empayar perniagaan Dato’ Seri Vida kalau bukan anak-anaknya. Dato’ Seri Vida telah mula mendidik anak-anaknya untuk menceburi bidang perniagaan sejak dari awal lagi.

Foto: Instagram @cikb_havoc66
Foto: Instagram @datoserivida

Dato’ Seri Vida adalah di antara jutawan wanita yang telah berjaya meluaskan empayar perniagaan sendiri dengan hasil titik peluhnya sendiri. Di sebalik wajah cerianya tersimpan seribu kisah ketika zaman kanak-kanaknya dahulu. “Saya tak mahu anak-anak membesar seperti saya dahulu,” tutur wanita kelahiran negeri Kelantan ini.

IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @cikb_havoc66

Dato’ Seri Vida langsung tak terkesan dengan kata-kata orang bila anak-anak berniaga ketika masih bersekolah. “Terlalu muda anak-anak saya berniaga? Kalau awak nak tahu, saya dulu darjah 6 pun dah ada bisnes. Tapi keadaan saya dulu sangat berbeza dengan anak-anak saya sekarang. Saya memulakan perniagaan hanya sebatang kara tanpa sokongan daripada sesiapa.

IKLAN
Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Majalah Nona

Ramai ibu bapa takut bila anak-anak berniaga dalam keadaan masih bersekolah atau belajar. Sebenarnya bila berniaga sambil belajar akan membuat kita lebih matang dalam pelajaran kita. Sebab itu dulu saya tak pergi sekolah sangat pun tapi masih dapat keputusan yang baik,” kongsi Dato’ Seri Vida.