Sesibuk manapun pasangan suami isteri mereka tetap akan mencari bahagia dalam rumahtangga. Mereka juga berhak untuk merasa bahagia walaupun batas waktu menjadi cabaran utama untuk meluangkan masa bersama. Biarpun sekarang ini kehidupan semakin mencabar, tidak terkecuali dalam rumahtangga masih ramai lagi pasangan yang berjaya mengekalkan keharmonian.
Kebiasaannya, kebahagiaan dicapai apabila kedua-dua pasangan menjadi insan yang matang serta memiliki beberapa persamaan. Pasangan yang saling berkongsi tentang perasaan mereka akan cenderung untuk mempunyai hubungan yang aktif dan sihat serta hubungan intim yang baik. Justeru, untuk menjadi pasangan yang kekal bahagia amalkan 8 perkara ini sebelum anda berdua tidur.
ELAK TIDUR KETIKA SEDANG MARAH
Sikap amarah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia hanya menyebarkan aura negatif dalam diri. Jiwa seharusnya gembira tatkala menghadapi hari baru. Setiap pasangan bahagia tidak akan tidur dalam keadaan marah. Jika anda dan pasangan bertengkar sebelum tidur cubalah untuk segera menyelesaikannya sehingga tercapainya kesefahaman.
ELAK BERDEBAT SEBELUM TIDUR
Jangan tidur dalam keadaan marah kepada sesiapa sahaja, apatah lagi dengan pasangan. Percayalah, anda dan pasangan akan merasa lebih sukar untuk tidur jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil. Jiwa juga berada dalam suasana yang tidak tenang saat bangkit daripada tidur keesokan harinya. Tiada untungnya kerana tidak akan ada seorang pemenang pun dalam situasi ini.
Ads
LUPAKAN SEKETIKA URUSAN KERJA
Elakkan daripada bercakap tentang urusan kerja kerana ianya tidak akan habis. Urusan kerja ada masa yang sesuai untuk dibincangkan. Waktu malam adalah untuk beristirehat bersama keluarga. Letakkan segala tekanan serta beban kerja sehingga esok pagi. Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap pasangan untuk mengeratkan lagi kemesraan hubungan. Berbicaralah dari hati ke hati bersama pasangan.
JAUHKAN ATAU MATIKAN TELEFON BIMBIT
Duduk sahaja bersebelahan tetapi tangan masih memegang telefon. Perbuatan ini bukan hanya merampas masa berkualiti anda dan pasangan bahkan turut mengganggu kualiti tidur. Ini kerana pada waktu malam tubuh akan menghasilkan hormon oxycontin yang membantu kita untuk tidur. Namun begitu, cahaya dari telefon bimbit boleh menjejaskan produktiviti hormon tersebut. Maka, matikan sahaja!
Ads
TIDUR PADA WAKTU YANG SERENTAK DENGAN PASANGAN
Tidurlah pada waktu yang sama dengan pasangan anda kerana ia dapat membantu membangkitkan kehangatan serta keakraban dalam perhubungan. Ketahuilah bahawa tidur dalam dakapan insan yang tersayang mampu mencetuskan rasa bahagia di samping mencetuskan satu perasaan yang menakjubkan dan sukar diungkapkan.
SALING MEMUJI
Siapa yang tidak sukakan pujian, bukan? Percayalah, anda akan rasa bahagia saat tertidur dalam keyakinan bahawa anda dicintai dan disayangi. Setiap pasangan disarankan untuk saling memberikan sekurang-kurangnya tiga pujian di saat merasa terlelap pada setiap hari.
Ads
PERBUALAN INTIM
Pasangan yang bahagia kerap membicarakan tentang cinta, kasih sayang, pilihan, perasaan serta keinginan terhadap satu sama lain. Sekiranya perkara ini diamalkan setiap hari ia menjadi petanda yang baik bahawa hubungan anda dan pasangan berjalan lancar dan bahagia.
TIDUR BERPELUKAN
Sesungguhnya ia satu nikmat kebahagiaan yang tidak terungkap apabila dapat saling berpelukan ketika tidur. Mudah sahaja bukan? Hanya dengan cara ini sudah mampu mencetuskan rasa tenang, bahagia, dilindungi serta dihargai oleh pasangan. Dakapan yang dirasakan sehangat cinta anda berdua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, RichWorks bekerjasama dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil bagi program Pesona Leadership yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
Menurut pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program ini diadakan bagi membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan. “Ada tiga tunjang utama yang perlu dikuasai oleh seseorang ketua iaitu kejelasan, komunikasi dan keyakinan. Jika gagal menguasai semua ini, bagaimana hendak menghadapi cabaran 2023 nanti? Bagaimana nak bawa bisnes ke tahap lebih tinggi?
“Menurut kajian, 80% pekerja akan terus setia dengan syarikat apabila mereka percaya dengan kepimpinan orang atasan.
‘Kita boleh ambil pengajaran daripada negara lain. Kejatuhan sesebuah negara itu berlaku apabila rakyat hilang kepercayaan pada pemimpinnya. “Namun, situasinya boleh pulih dengan cepat bila mereka taruhkan kepercayaan pada pemimpin tersebut. Begitulah juga keadaannya dalam organisasi dan juga syarikat,” jelasnya.
Menerusi program ini, Pak Nil akan membimbing ratusan usahawan dalam soal membina ‘Leaders’ yang terdiri daripada Pengasas Bisnes dan Founders dan juga pekerja mereka, ‘Key Leaders’ dari segi aspek kepimpinan dalam komunikasi yang merangkumi beberapa segi iaitu isi kandungan, ekspresi wajah, penceritaan, tona dan banyak lagi skil komunikasi penting.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, RichWorks sangat teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Pak Nil yang merupakan seorang selebriti ikon pengacaraan dalam industri media dan hiburan tanah air.
“Kami sangat teruja apabila beliau mahu berkongsikan 30 tahun ilmu pengetahuannya dalam bidang komunikasi bersama orang ramai melalui RichWorks.
“Sudah tentu kami sangat berbesar hati apabila beliau sudi bekerjasama dengan kami memandangkan beliau merupakan seorang selebriti ikonik tanah air,” katanya. RichWorks yang diasaskan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 15 tahun yang lalu telah melatih dan membimbing ratusan ribu usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri di negara ini termasuk negara jiran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu persatu bencana banjir mula melanda di pelbagai tempat di Malaysia. Mendekati musim tengkujuh ini, pasti ramai yang sudah berjaga-jaga untuk menyelamatkan harta benda sebelum rosak dimasuki air.
Namun kadang-kadang, bencana yang datang sekelip mata. Mungkin kita tak sempat untuk menyelamatkan segala-galanya, termasuklah kereta tersayang apabila banjir kilat tiba-tiba menenggelamkan kawasan parkir.
Sebagai peringatan, berikut adalah perkongsian buat pemilik kenderaan yang terperangkap dalam banjir. Semoga bermanfaat untuk semua.
Jangan cuba hidupkan enjin kenderaan atau suis ketika ia masih dikelililingi air. Ini akan mengakibatkan litar pintas pada semua sistem elektronik enjin.
Tanggalkan terminal bateri (+) & (-).
Jika kenderaan anda dikunci menggunakan alarm, buka kunci pintu secara manual dan terus tanggalkan terminal bateri. Jangan tekan butang reset.
Alihkan kenderaan ke kawasan tinggi.
Tinggikan bahagian hadapan supaya muncung ekzos lebih rendah.
Tarik penunjuk aras minyak enjin. Periksa jika minyak dalam keadaan hitam atau perang. Jika minyak berwarna coklat, digalakkan supaya menukar minyak enjin tersebut.
Sekiranya terdapat aliran air keluar melalui ekzos ketika bahagian hadapan ditinggikan, pastikan sehingga tiada aliran air keluar melaluinya bagi mengelakkan tekanan tinggi di bahagian enjin ketika dihidupkan.
Sekiranya anda berasa kurang yakin, tundalah kenderaan ke bengkel atau pusat servis yang dipercayai.
Paling baik, jemur kereta untuk beberapa hari hingga yakin ia benar-benar kering. Pertimbangkan sama ada perlu menukar lapik kusyen tempat duduk kereta jika ia mula berbau atau berwarna lumpur. Bimbang juga kalau kotoran membiakkan bakteria di situ! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masihkah anda ingat dengan rancangan PM Live! terbitan Astro yang dikendalikan oleh Radin serta Hana Ismail? Yang pasti kepetahan dan aura Hana Ismail mengacarakan program tersebut menjadi titik tolak kepada perjalanan karier Hana Ismail sebagai salah seorang pengacara yang dilihat semakin bersinar.
Dikurniakan dengan personaliti menarik, handal dan bijak berkata-kata menjadikan Hana Ismail seorang personaliti TV yang kian mendapat tempat di hati penerbit rancangan serta stesen-stesen TV sedia ada. Meninjau semula di awal kemunculan Hana, bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012.
Selain bakat dianugerahkan, Hana yang kini berusia 36 tahun juga seorang wanita yang berpendidikan. Dia yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.
Sebelum ini, Hana yang lahir dan dibesarkan di Johor Bharu ini pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum Hana disunting oleh saluran TV Alhijrah. Di stesen baharu ini, Hana banyak muncul mengacarakan program-program islamik dan ilmiah seperti Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Hana juga hebat dan berkemahiran dalam menerbitkan rancangan.
NONA mendoakan semoga Hana Ismail terus maju jaya dengan kariernya dan diharapkan menjadi pelapis dalam bidang pengacaraan serta inspirasi buat semua wanita di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.