Filem John Wick Chapter 4 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam, dan pastinya ramai mengagumi dan meminati pelakon utamanya, siapa lagi tidak lain tidak bukan Keanu Reeves.
Bintang Hollywood ternama berusia berumur 58 tahun ini memulakan karier lakonannya pada tahun 1985 dan terkenal menerusi filem-filem ‘masterpiece’ seperti The Matrix Trilogi, Speed, Constantine dan banyak lagi.
Selain dari bakat serta personaliti Keanu Reeves yang cukup digilai ramai itu, pastinya kisah peribadi Keanu turut mendapat perhatian lensa media dan tabloid utama dunia. Maklumlah di usia 58 tahun, Keanu dikhabarkan tidak pernah berkahwin namun banyak menjalankan perhubungan dengan ramai wanita sebelum ini, antaranya Sandra Bullock, Winona Ryder dan ramai lagi.
Dan kini, Keanu dilihat cukup gembira dengan kekasih hatinya yang dikenali sejak 4 tahun lepas. Namun siapakah si pemilih hati pelakon hebat ini?
Inilah Alexandra Grant. Wanita berusia 46 tahun itu merupakan rakan kongsi perniagaan Keanu Reeves malah turut memiliki syarikat perniagaan penerbitan buku sendiri, X Artist’s Books.
Wanita dengan kelulusan dari Swarthmore College ini merupakan seorang artis visual di Los Angeles malah banyak mempamerkan hasil karyanya menerusi pelbagai pameran yang diadakan, dan kini Alexandra berkhidmat di Los Angeles County Art Museum (LACMA).
Yang menariknya, kisah percintaan Keanu dan Alexandra berlaku tepat pada masanya. Saat Keanu tidak lagi berupaya bangkit selepas kekasihnya pada ketika itu Jennifer Syme yang meninggal dunia kerana kecelakaan jalan raya termasuk anak yang dikandungnya pada tahun 2001, Alexandra hadir memberikan ‘sinar’ baru buat Keanu.
Perhubungan mereka semakin erat selepas Alexandra Grant bekerja dengan Keanu Reeves bagi menerbitkan buku Ode To Happiness dan Shadow pada tahun 2011.
Dan selepas itu, hubungan mereka makin rapat dan Keanu juga dilihat bahagia menjalani perhubungan bersama Alexandra walaupun sehingga kini masih belum ada khabar yang mereka berdua akan membawa perhubungan ini ke tahap seterusnya.
Walaupun mereka berdua tidak merahsiakan perhubungan mereka, namun kisah percintaan mereka Keanu dan Alexandra seringkali diperkatakan, memandangkan ramai mengatakan mereka kurang cocok dan tidak sepadan apatah lagi Keanu bintang Hollywood terkenal. Apa pandangan anda?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.