Tidak ramai isteri yang beruntung mempunyai ibu mentua yang baik dan penyayang umpama anak sendiri. Bertuah Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kerana mempunyai ibu mentua yang melayannya dengan baik.
Malah ibu kepada suami pertamanya dahulu juga masih menyayangi dan melayan Fiza dengan penuh kasih sayang. Bermakna Fiza kini mempunyai 2 orang ibu mentua.
Menyambut Syawal baru-baru ini Fiza telah berkunjung kedua-dua buah rumah mentuanya dan dikongsikan di laman media sosialnya. Melalui perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri, kini Fiza menjalani kehidupan bahagia bersama suami, anak dan keluarga mentuanya.
Kongsi Fiza, “Hari ni raya rumah mertua, Puan Normala. She’s very nice lady, baik hati dan amat memahami. Paling tegas dalam semua perkara. Dalam masa yang sama kadang-kadang tu kelakar jugak. Thank you mama for your understanding us. Yeayyy, dapat duit raya. Thank you ma,” kata Fiza.
Malah, Fiza juga telah berkongsi tentang kunjungannya ke rumah ibu kepada bekas suami hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kongsi Fiza, “The best Mother in Law that I ever have.
Mama, thank you so much for everything that you have thought me
. Memang dulu Fiza banyak salah, darah muda kan. Mama banyak bagi nasihat pada Fiza. Kalau ada masalah mama tempat Fiza mengadu. Forever you will be my favorite mama.Thank you to daddy too. Terima kasih kerana menjaga, mendidik dan menjadi ibu kepada 2 orang anak-anak Fiza dan Farriq. Mama and daddy dah lakukan yang terbaik untuk diaorang berdua. Fiza really appreciate sangat-sangat.
Tanpa mama and daddy, tak tahulah apa akan jadi pada diaorang. Kalaulah dapat putar balik masa. Apa-apa pun Fiza beruntung dan happy sangat-sangat sebab ada bekas mertua yang baik seperti mama.
Alhamdulillah Allah panjangkan pertalian kami dan masih lagi baik seperti dulu. Aku bersyukur punyai mama yang (walaupun selalu pok pek) tapi baik hati. Tiada yang lain yang dapat gantikan tempat mama. Love u so much mama
,” kongsi Fiza jujur.Fiza mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel melalui 2 perkahwinannya. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dan seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan ketiga yang diberi panggilan manja, Baby Aleena. Hasil perkahwinan keduanya bersama penyanyi Adam AF tidak dikurniakan anak.
This website uses cookies.