Wajah berminyak, selaran matahari, kekeringan kulit… ah, segunung masalah mula menerpa sejak bermulanya musim cuaca panas tahap berjaga-jaga. Dengan peningkatan suhu maksimum harian mencecah 35 ke 37 darjah Celsius, berikut produk yang wajib dipakai bagi memastikan penampilan anda tetap on-point!
Terik matahari bukan sahaja membuatkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk dehidrasi dan kemungkinan besar mengalami strok haba, malah ia turut menjejaskan kesihatan kulit.
Masalah seperti kedutan, penuaan pramatang kulit, kekeringan dan banyak masalah kulit lain akan berlaku jika kita terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
AMALAN KECANTIKAN
PRODUK WAJIB ADA
Shiseido Urban Environment
Triple Beauty Suncare Emulsion SPF 50+ PA++++
Produk terbaharu Shiseido ini direka untuk kegunaan harian dengan teksturnya yang bebas minyak, ringan serta diperkaya bahan antioksidan dan asid hyaluronik agar kulit terasa lembap serta berseri. Ia juga membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara dan unsur lain yang boleh menyebabkan kulit kusam atau kering, malah boleh berfungsi sebagai primer.
OLEHENRIKSEN Banana Bright Mineral Sunscreen SPF30
Krim tabir suria untuk kegunaan harian yang bukan saja melindungi malah mencegah kerosakan UV pada kulit. Sesuai disapu sendirian atau di bawah solekan untuk kesan melembap, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus atau kedutan dengan berkesan.
Fenty Skin Thicc N Smooth Rich Peptide Eye Cream
Musim panas yang mengeringkan, belailah kulit matamu dengan krim ini. Dirumus untuk mengatasi kekeringan, lingkaran gelap bawah mata, mata sembap dan garis halus, krim ini juga berupaya melembap dengan khasiat peptida, kafein dan vitamin. Kulit bawah mata ketara lebih cerah dan bermaya!
KVD Lock-It Pore Refining Face Primer
Solekan cepat ‘retak’ kerana cuaca terlalu panas? Oleskan primer wajah KVD, formulasi krim-gel memastikan solekan anda bertahan lama dari awal pagi hingga ke malam tanpa kesan retak yang tak diinginkan. Dengan serta-merta, liang pori-pori nampak lebih halus tanpa kesan capuk atau terlalu tebal, malah ia juga menyegarkan kompleksi kulit bagaikan gel penyejuk.
NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush
Bahang cuaca makin terasa. Seperti mentari yang mengucup kulitmu, kenakan solekan NUDESTIX Nudies Matte All-Over Blush dalam rona Sunkissed. Layangan bronzer ini menjadikan kompleksi nampak sihat bermaya, kemerahan dan menawan dalam satu masa. Cukup mudah dan multi-fungsi – sesuai untuk wajah, bibir atau mata!
**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
**************
This website uses cookies.