
Kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan bayi sewaktu menularnya wabak COVID-19 kini menjadi-jadi.
Kalau dulu face shield, tapi sekarang ramai ibu bapa yang memakaikan pelitup muka bayi apabila berjalan-jalan di tempat awam.

Tapi menurut Ahli Pediatrik, Dr Redza Zainol, pemakaian face mask atau pelitup muka ini sebenarnya tak boleh dipakai oleh kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
Bahkan, produk pelitup muka kain juga tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.
Sebab apa pelitup muka bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun?
- Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui pelitup muka lebih menyesakkan nafas mereka.
- Bayi yang memakai pelitup muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.
- Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai pelitup muka, tak dapat membuka pelitup tersebut dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
- Kebanyakan kanak-kanak kecil akan mencabut pelitup muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
- Tidak ada pelitup muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
CARA MELINDUNGI BAYI DI TEMPAT AWAM
- Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
- Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
- Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
- Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
- Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
- Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
- Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.
Pesan Dr Redza Zainol, beliau mohon ilmu mahal ni disampaikan juga pada mak ayah yang lain. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.
Sumber: Dr Redza Zainol
Benarkah, Wanita Yang Keluar Dari Sebuah Perkahwinan Sebenarnya Mencari Apa Yang Hilang Dalam Perkahwinan Itu?

Bukankah itu merupakan soalan yang cukup mencabar untuk dijawab oleh golongan Adam? Selalunya, golongan wanita itu sendiri mempunyai masalah untuk menguraikannya seacara pasti. Salah satu sebab mengapa memahami kehendak golongan wanita dianggap sukar adalah kerana cara golongan wanita itu memproses fikiran dan emosi amat berbeza jika dibandingkan dengan cara golongan lelaki memproses maklumat.
Jika diperhatikan dengan teliti, kebanyakan hubungan yang berjaya adalah apabila semua kehendak wanita berjaya dipenuhi, perlu diingat bahawa kehendak tidak semestinya memfokuskan kepada material sahaja.
Wanita selalunya peka tentang kehilangan sesuatu yang penting dalam hubungan. Jika lelaki mampu meneliti, wanita yang keluar dari sebuah perkahwinan sebenarnya mencari apa yang hilang dalam sebuah perkahwinan itu. Misalnya apabila kehidupan seksnya membosankan atau mungkin tiada langsung, mereka akan mula mencari kekasih yang mampu memberikan belaian. Atau mungkin bagi seseorang wanita yang tidak dihormati oleh pasangannya, mereka akan mencari lelaki yang mampu menghormati mereka.
Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang wanita dambakan daripada lelaki:
Keyakinan
Keyakinan merupakan kualiti yang utama yang dicari dalam diri seseorang lelaki. Oleh itu, buangkan rasa takut dan tidak yakin anda. Jangan ucapkan maaf terhadap semua yang anda lakukan. Be real! Jadi diri anda yang sebenar.
Gentlemen
Wanita akan cepat ‘cair’ dengan lelaki yang bersikap gentlemen. Membuka pintu untuknya, berjalan di sebelah kanan apabila mengusuri jalan bersama, memberikan jaket apabila dia kesejukan atau ketika dalam keadaan yang terancam, kamu meletakkan lengan untuk merangkul bahunya. Dengan kata lain, menjadi lelaki sebenar.
Kelakar
Wanita lebih gemarkan lelaki yang mampu membuatkan dia ketawa. Jika lelaki terlalu mengikut protokal, ianya amat membosankan wanita. Bersikap lebih bersahaja dan selamba. Lawak kecil yang cukup sahaja mampu membuatkan wanita gembira.
Pendengar
Menjadi tabiat wanita untuk merungut dan mereka sebenarnya tidak mengharapkan sebarang nasihat cukup sekadar pasangannya menyiakan sahaja. Kadang-kala ianya agak merimaskan terutama apabila anda cuba menumpukan perhatian terhadap tayangan bola sepak di ESPN. Tetapi hakikatnya, sedikit perhatian yang ditunjukkan oleh anda mampu membuatkan dia menyayangi kamu hingga ke hujung dunia!
Dihargai
Penting bagi wanita untuk rasa dihargai dengan apa yang ada pada dirinya. Dia perlu merasakan istimewa berbanding wanita di sekelilingnya. Perlu bagi wanita ini mengetahui lelaki/pasangannya menyokongnya dalam setiap tindakan.
Merasa dirinya sebagai wanita sejati
Penting bagi wanita untuk merasakan diri mereka kelihatan cantik, seksi dan feminin di mata lelaki terutama pasangannya. Wanita itu ingin memperolehi perasaan bangga dengan anugerah tuhan (terutama tubuh badan) yang diberikan kepada mereka.
Perasaan keintiman yang mendalam
Penting bagi setiap wanita itu untuk merasa kaitan emosi keintiman dengan pasangannya yang tidak mungkin dirasai dengan lelaki lain.
Seks
Bagi wanita yang telah mendirikan rumahtangga hubungan seks yang menghairahkan penting untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang pasangan terhadapnya. Bagi wanita, seks bukan sekadar kepuasan tetapi tanda cinta dan rasa diperlukan oleh pasangan yang membuatkan hubungan itu lebih mengasyikkan. Penting bagi wanita untuk digoda, merasa menarik, dan puas. Wanita itu perlukan kelainan dalam hubungan dan membawanya berkhayal dengannya.
Secara realitinya tidak semua perkara mampu dipenuhi oleh lelaki. Tiada siapa yang sempuran kecuali penciptanya. Oleh itu cuba yang terbaik untuk menyelami hati dan sikap wanita itu sendiri. Komunikasi merupakan cara yang terbaik untuk kamu mengetahui apa perasaannya terhadap layanan yang kamu berikan.
Selepas THAKSIN & YINGLUCK SHINAWATRA, Kini Giliran Anak Thaksin, PAETONGTARN Ceburi Bidang Politik

Anak bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra iaitu Paetongtarn Shinawatra muncul sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, mempertaruhkan bahawa nostalgia boleh memenangi berjuta-juta undi dari golongan kelas pekerja.
Paetongtarn, 36, sedang berkempen bersungguh-sungguh di kubu luar bandar yang kaya dengan undian dari kumpulan besar politik Pheu Thai keluarga Shinawatra, dengan harapan dapat menghidupkan semula semangat yang membawa bapa Thaksin dan ibu saudaranya, Yingluck berkuasa.

Paetongtarn menjanjikan Pheu Thai akan menyelesaikan urusan yang belum selesai dalam tempoh memegang jawatan sejak 2001, yang kesemuanya telah dipendekkan oleh keputusan mahkamah dan rampasan kuasa tentera yang dikatakan didalangi oleh pertubuhan konservatif Thailand.
“Kami berjaya memperbaiki segala-galanya pada tahun pertama tetapi kemudian empat tahun kemudian kami digulingkan oleh rampasan kuasa, jadi ada perkara yang belum kami capai,” kata Paetongtarn kepada Reuters dalam wawancara rasmi pertamanya dengan media asing menjelang pilihan raya, dijangka dalam bulan Mei.
“Jadi kami pergi ke setiap peringkat untuk memberitahu orang ramai bagaimana dasar kami boleh mengubah kehidupan mereka. Dan hanya melalui politik yang stabil boleh hidup orang ramai berubah dengan cara yang mampan,” katanya.

Thaksin dan Yingluck telah digulingkan oleh tentera masing-masing pada 2006 dan 2014, walaupun mengawasi pertumbuhan ekonomi yang besar. Kedua-duanya tinggal dalam buangan untuk mengelakkan sabitan penjara yang dikatakan sekutu mereka direka untuk menghalang kebangkitan politik mereka.
Mandat telah diserahkan kepada Paetongtarn, anak bongsu Thaksin, yang menggunakan manifesto sama dalam menawarkan kenaikan gaji minimum, subsidi utiliti dan infrastruktur kereta api berkelajuan tinggi yang telah lama dijanjikan untuk menguruskan banjir dan kemarau.
Slogan Pheu Thai ialah “Think Big, Act Smart”, menyasarkan pembaharuan berperingkat oleh kerajaan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha yang disokong tentera sejak beliau merampas kuasa pada 2014.
“Gambaran itu mestilah besar dan kita mesti dapat menangani masalah berpanjangan yang berlarutan. Ini mesti ditangani sepenuhnya,” kata Paetongtarn.
Walaupun belum dinamakan sebagai calon perdana menteri Pheu Thai, Paetongtarn berada jauh di hadapan dalam tinjauan pendapat untuk perdana menteri, dengan dua kali sokongan berbanding Prayuth.
Paetongtarn menguruskan cawangan hotel syarikat hartanah keluarganya juga sudah memulakan kempen pilihan raya dengan menjelaskan Thailand tentunya akan bertambah baik di bawah pemerintahannya, dan beliau akan mengikuti corak kepimpinan bapanya yang sentiasa membantu rakyat. Paetongtarn Shinawatra memiliki setengah juta pengikut di Instagram, menjalani gaya hidup glamor dan menggambarkan dirinya sebagai ‘puteri bongsu’ Thaksin.
Untuk rekod, Thaksin, 72 tahun, digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006 dan sejak itu tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk mengelak tuduhan rasuah.
Walaupun kini sedang sarat hamil lapan bulan, ia bukanlah halangan ibu kepada seorang cahayamata ini untuk bergerak aktif dalam politik.
“Tetapi saya ok,” katanya. “Ini adalah kehamilan kedua saya. Saya sedar keadaan diri saya.” Di sebalik populariti pilihan raya mereka, Shinawatra dibenci di Thailand.
Mereka telah lama dituduh oleh penentang kronisme dengan dakwaan mengayakan rakan perniagaan dan membeli orang miskin dengan dasar populis yang membazir. Shinawatra menafikan tuduhan itu.
Pilihan raya Thailand bakal menjadi satu lagi perlawanan dendam antara golongan elit yang berperang dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu. Paetongtarn berkata beliau tetap bimbang tentang impak perebutan kuasa negara yang sukar dikawal membabitkan keluarganya, termasuk rampasan kuasa, yang katanya menjadikan Thailand “mundur”.

“Ia juga membuatkan dunia melihat negara kita dalam sudut berbeza. Mereka tidak mahu berdagang dengan kami. Ia mengurangkan peluang untuk semua orang,” katanya.
“Negara kita telah ‘dibekukan’ sekian lama. Jadi rampasan kuasa tidak sepatutnya berlaku lagi. Negara mesti maju dan rakyat berhak mendapat rezeki yang lebih baik.”
Usia Kandungan Cecah 5 Bulan, FAZEERA Rancang Buat Modul Motivasi & Sambung Master Lepas Bersalin!

Diam tak diam, dah lima bulan usia kandungan Fazeera Nazri Azrai yang juga isteri kepada selebriti popular Fizo Omar ini. Makin berseri-seri wajah ibu hamil!
Mula menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor selepas bergelar isteri Fizo, penampilan dan kehidupan Fazeera atau mesra disapa Faz tidak terlepas menjadi perhatian peminat.
Apatah lagi sejak berita kehamilannya diketahui umum, ramai yang mahu mengetahui perkembangan bekas pramugari ini.
Dalam temu bual Nona On Air bersama Faz baru-baru ini, wanita kelahiran Kuching, Sarawak tersebut secara eksklusif berkongsi sisi peribadi.
“Alhamdulillah kami regularly buat check-up baby. Sekarang dah coming to 5 months. Due date inshaAllah early Julai, 10 Julai. Perancangan lepas bersalin nanti of course jaga baby dan lepas habis degree, I planning to persue my Master dalam bidang psikologi.




Faz juga plan untuk buat modul sendiri macam buat satu course untuk motivate people. Course ini lebih emotional intelligence tapi Faz lebih kepada English sebab pada Faz kita dah faham Bahasa Melayu.
Why not kita cuba something new dengan spread the awareness Bahasa Inggeris juga boleh diguna pakai dan amalkan bahasa yang kita kurang fasih. Macam Faz pun masih ada grammar error, pronouncation tak betul.
Tapi sampai bila kita tak nak belajar. Jadi, jangan malu mula dari zero,” jelas Faz yang mengaku turut saling berkongsi idea dengan suami tercinta.
Mengulas lanjut detik perkenalan dengan pelakon ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ berkenaan, Faz sambil tertawa membuka cerita.
“Tak plan pun nak go futher, nak kenal-kenal je. Masa tu kami kenal melalui kawan, kami exchange phone number and then kita selalu jumpa, keluar jumpa family and suddenly keluarga merestui hubungan and I pun selesa dengan family dia. Jumpa Maryam pun dia sangat ok dengan saya. Jadi, we decided to get married.”



Tambah Faz lagi, “First time jumpa mak dia, Fizo ajak Faz pergi rumah. Masa tu mak dia tak tahu lagi, kira Fizo buat surprise la. Tiba-tiba mak dia tengok Faz dan sangat terkejut sebab tak plan. Mula-mula agak awkward sebab tak plan.
Day by day, mama dia ajak Faz datang rumah, masak untuk Faz and everytime Faz nak balik rumah tu dia mesti tapau something for me. Kami ada hubungan mother and daughter yang baik. I can feel that.”
Ditanya kenapa Fizo Omar jadi pilihan? “Apa yang saya nampak tu fizo is very lovely actually. Dia sangat lovely especially everyone around him, dia sangat baik dan dia suka sangat tolong orang. Itu yang saya nampak. Dan dia punya family bonding tak macam lelaki lain.
Lelaki lain sometimes malu nak bawa mak ke mana-mana. Tapi dia tak kisah. Everywhere dia pergi ada his mom jadi benda tu buat faz macam he’s the one.”





Sebelum mengakhiri perbualan, Faz yang berkahwin pada usia muda turut diminta menitipkan pesanan buat wanita di luar sana yang bakal atau sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga kelak.
“Faz rasa Faz tak layak sebab baru berapa bulan kahwin. Perasaan takut kahwin tu normal, sebab tak ready kan. Ilmu-ilmu rumah tangga tu tak ada lagi. Tapi bila Faz fikir balik, sampai bila kan takut nak kahwin. Takkan nak after 30 tahun baru kita nak fikir kahwin lepas kita dah ada experience.
Daripada situlah, dari usia muda ini kita develop ilmu perkahwinan tu. Kalau masak tak pandai tak apa. Masa dah kahwin, automatik minat tu akan ada nak masak.
Dari situlah kita belajar mengenai pasangan kita. Kalau masa bercinta tu lain, after getting married, stage dia lain pula. Dan waktu itulah kita betul-betul kenal partner kita. Jadi kahwinlah sekarang, siapa-siapa yang nak kahwin tu,” pesan Faz.