Bahaya! Ahli Pediatrik Beri Amaran, Pelitup Muka Ni Bukan Untuk Bayi Bawah 2 Tahun
Ogos 4, 2020
Kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan bayi sewaktu menularnya wabak COVID-19 kini menjadi-jadi.
Kalau dulu face shield, tapi sekarang ramai ibu bapa yang memakaikan pelitup muka bayi apabila berjalan-jalan di tempat awam.
Tapi menurut Ahli Pediatrik, Dr Redza Zainol, pemakaian face mask atau pelitup muka ini sebenarnya tak boleh dipakai oleh kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
Bahkan, produk pelitup muka kain juga tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.
Sebab apa pelitup muka bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun?
Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui pelitup muka lebih menyesakkan nafas mereka.
Bayi yang memakai pelitup muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.
Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai pelitup muka, tak dapat membuka pelitup tersebut dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
Kebanyakan kanak-kanak kecil akan mencabut pelitup muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
Tidak ada pelitup muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
CARA MELINDUNGI BAYI DI TEMPAT AWAM
Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.
Pesan Dr Redza Zainol, beliau mohon ilmu mahal ni disampaikan juga pada mak ayah yang lain. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.