Tiada wanita yang ingin tampil serabai dan tidak bergaya. Karakter wanita boleh dinilai dengan cara mereka berpakaian. Tiada peraturan khusus ketika anda memilih gaya untuk penampilan anda. Anda boleh memilih untuk kelihatan elegan atau punk, trendy atau kasual namun pastikan anda tidak kelihatan murah atau selekeh dan hal ini tidak ada kena mengena dengan harga pakaian anda. Namun, banyak perkara yang boleh membuatkan penampilan anda nampak tidak bergaya.
Nona senaraikan 5 gaya fesyen yang boleh membuatkan anda nampak tidak menarik!
WARNA PELIK
Penggayaan warna neon sememangnya sesuai untuk parti mahupun majlis yang meriah namun jika anda cuba untuk menggayakannya dalam gaya seharian, cubaan anda akan mengalami kegagalan. Sekiranya minat anda pada warna garang yangtidak boleh dibendung, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan mengurangkan tona pada warna pakaian anda.
KILAUAN BERLEBIHAN
Peraturan penting yang seharusnya anda ingat adalah perhiasan rhinestone perlu disesuaikan dengan acara yang sesuai. Mungkin pada acara makan malam atau di majlis yang tertentu. Menggunakan perhiasan batu permata palsu pada pakaian kasual yang dipakai setiap hari mungkin akan menjejaskan gaya anda.
AKSESORI
Bukan pemakaian aksesori yang menjadi masalah disini tetapi kuantiti dan kaitannya dengan acara yang dihadiri itu yang penting. Terutama sekali jika anda memakai aksesori yang diperbuat daripada logam dan dipadankan dengan aksesori yang lain. Ini akan membuatkan penampilan anda tampak serabut. Ingat peraturan less is more. Padankan subang kecil dengan pakaian formal anda untuk memberikan perhatian lebih kepada pakaian anda.
KASUT PUTIH
Percaya atau tidak penggunaan kasut putih (melainkan kasut sukan ataun sneakers) tidak lagi menjadi trend fesyen. Malah pengantin juga akan memakai kasut dengan rona yang berbeza. Menggayakan rona putih dari atas sampai bawah mungkin agak sukar untuk gaya seharian. Pilihan yang terbaik untuk menggayakan kasut berwarna nude
. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa jua warna yang ada di dalam gerobok fesyen anda.
BARANGAN TIRUAN
Kebanyakan pengilang menggelarkan barangan ini sebagai replika namun ia tidak menjadikannya sebagai barangan yang asal. Barangan yang berkualiti rendah dari kedai diskaun tidak ada kaitan dengan perkeka fesyen terkenal di dunia. Oleh itu, beli barangan fesyen yang membolehkan anda berpakaian dengan gaya anda sendiri tanpa perlu anda membebankan kewangan anda.
This website uses cookies.