Sakit kepala dan mata menjadi kabur sering terjadi serentak. Ia dikatakan ada kaitan antara visual mata dengan sistem organ badan yang lain. Selain berpunca daripada penyakit mata, keadaan ini juga disebabkan oleh berbagai-bagai keadaan kesihatan.

Ads

Cara rawatannya juga berbeza-beza bergantung kepada punca. Jika anda pernah mengalami sakit kepala disertai dengan pandangan kabur, semak 5 punca di bawah. Mungkin anda mengalami salah satu daripadanya.

TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah dikatakan rendah jika angkanya menurun di bawah 90/60 mmHg. Punca tekanan darah rendah atau hipotensi antaranya dehidrasi, masalah kesihatan jantung, kekurangan vitamin B12 serta pendarahan. Tekanan darah rendah mengakibatkan berbagai-bagai gejala bermula dengan sakit kepala, pandangan kabur, mual, konsentrasi menurun dan pengsan.

Bahaya, Kenali 5 Punca Mata Jadi KABUR & Disertai SAKIT KEPALA!

MIGRAIN

Migrain terjadi di salah satu sisi kepala yang mempunyai gejala berbeza bergantung kepada tahapnya. Ketika serangan sakit kepala memuncak, pandangan boleh menjadi kabur. Gejala lain ialah kurang nafsu makan dan meningkatnya sensitiviti terhadap cahaya, suara atau bau.

Migrain dipengaruhi oleh makanan tinggi kandungan garam termasuk MSG, minuman beralkohol dan berkafein, stres, kesan perubatan serta perubahan pola tidur. Bukan saja migrain, apa jua keadaan yang mengurangkan aliran darah ke otak contohnya kecederaan boleh menyebabkan terjadinya sakit kepala dan pandangan kabur.

Ads

GLAUKOMA

Penyakit mata yang berpunca daripada kerosakan saraf optik. Dua jenis glaukoma paling umum iaitu sudut terbuka primer dan sudut tertutup akut. Glaukoma sudut terbuka primer jarang menunjukkan gejala namun pandangan mata tiba-tiba menjadi sempit. Glaukoma sudut tertutup akut pula boleh menjadi penyebab pandangan kabur, pening, sakit kepala, mual dan muntah.

Ads

GANGGUAN MATA LAIN

Individu yang rabun jauh atau dekat juga boleh mengalaminya, lebih-lebih lagi jika ukuran kaca mata yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan matanya. Katarak juga boleh menjadi penyebab malah perubahan mata berkaitan dengan kehamilan boleh mengganggu penglihatan dan sakit kepala. Pun begitu, tidak semua keadaan ini menandakan masalah yang terlalu serius. Bertemulah dengan doktor jika ia terjadi secara tiba-tiba.

KEADAAN SARAF DAN PEMBULUH DARAH

Berbagai keadaan saraf dan pembuluh darah boleh mengakibatkan pandangan kabur dan sakit kepala. Kecederaan kepala, strok atau pecahnya pembuluh darah di otak, jangkitan pada otak dan saraf sekitar otak serta tumor juga boleh menjadi penyebab.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI