Kebelakangan ini, nama inai kembali disebut-sebut tak kiralah sama ada untuk dipakai sendiri atau tujuan berniaga. Mungkin pengaruh selebriti seperti Neelofa atau Rozita Che Wan yang turut menjual inai sedikit sebanyak melonjak popularitinya. Pun begitu, Nona tertarik memetik penulisan Dr Abdul Rahim Nor tentang kebaikan dan keburukan inai pada wanita.

Ramai yang mula ikut trend kononnya untuk kelihatan lebih menyerlah, lebih cantik, tapi janganlah sampai membinasakan diri, kalau boleh buatlah sedikit kajian, cari info sebelum mula memakai sesuatu produk.

Inai ni kalau dulu-dulu hanya dipakai oleh mempelai serta ahli keluarga sewaktu hari perkahwinan, tapi sekarang inai mula dijadikan perhiasan jari tak kira masa. Persoalannya, apakah kebaikan inai kalau dilukis pada kulit?

Menurut Dr Abdul Rahim Nor, pemilik Klinik Abdul Rahim di Pulau Pinang, bukan semua inai selamat untuk digunakan.

Baik Buruk Inai Dari Pandangan Doktor, Baca Dulu Sebelum Pakai!
Dr Abdul Rahim sering berkongsi pengalaman dengan pesakit

 

“Kita tahu bahawa wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling indah. Tapi jika anda seorang wanita… anda akan tokok-tambah kecantikan anda demi mempertahankan dan menambah keindahan tu.

Ramai wanita yang datang klinik doc kemas dan lawa-lawa belaka. Trend terkini ada yang mewarna kulit atau rambut mereka dengan menggunakan inai. Pekerja doc ramai berinai. Habis tapak tangan dan lengan ‘diconteng-conteng’ design inai.

Ambil tahu info inai…

1. Anda tahu tak inai tu daripada daun pokok Lawsone, berasal dari Afrika Utara ke Arab dan Sepanyol seterusnya ke India, kemudian terus mai Malaysia. Sebab tu kebudayaan dan kepercayaan guna inai daripada negara-negara tu diguna pakai oleh orang kita.

2. Daun inai dikeringkan, ditumbuk jadi serbuk lalu dicampurkan air menjadi pasta. Dilekat hujung jari, dilukis pada kulit atau disapu pada rambut. Barulah zat Lawsone warna merah kecoklatan melekat pada kulit dan rambut anda.

 

Ok ke pakai inai ni, apa kebaikan dan keburukannya?

1. Inai sebagai bahan pewarna tubuh, bibir dan rambut. Kalau dibiarkan lebih lama barulah henna lagi terang warnanya. Ia tahan dalam 3-4 minggu.

 

2. Pengantin perempuan Melayu selalu pakai inai sewaktu hari perkahwinan. Orang dulu-dulu percaya dengan pakai inai, mertua akan senang menerima pengantin wanita sebagai menantu. Betul ke?

Bagi doc ada kes mai klinik lepas pakai inai… habis kulit gatal-gatal dan menggelembung. Reaksi alahan. Nak cantik masa jadi pengantin tapi jadi sebaliknya. Dahlah kenduri kahwin esoknya. Bayangkan, kesian kat pengantin tu.

Nasihat doc, pengantin-pengantin yang nak pakai henna, pakailah yang asli. Bukan yang dicampur para-phenylenediamine (PPD).

Baik Buruk Inai Dari Pandangan Doktor, Baca Dulu Sebelum Pakai!
Bahan PPD

 

3. Inai dicampur PPD (black henna) untuk menjadikan warna merah inai kelihatan lebih gelap. Bagi yang dah berumur 50-an, dah beruban, ramai yang suka pakai inai sebagai pewarna rambut. Rambut beruban jadi hitam awet muda. Look smart dan handsome. Tapi ada yang alah dengan inai kalau ada campuran PPD. Habis gatal rambut dan badan.

 

4. Ada kepercayaan karut anggap inai mengusir setan, penangkal gangguan, menjauhkan energi negatif, nasib selalu baik dan penarik bahagia, bahkan menjadikan diri lebih subur. Fakta atau mitos?

 

5. Pagi tadi di klinik ada kes seorang akak ni pakai inai sebab jarinya kena cekam bernanah. Orang Melayu percaya kalau pakai inai di jari bernanah tu, ia akan hisap atau buang nanah dan hilangkan cekam. Tapi kepercayaan tu meleset sebab kondisinya lagi teruk! Jari bernanah lagi teruk kalau kita hidap kencing manis.

 

Doc nasihat jgn buat mcm ni tau. Sebab bila jadi nanah di jari, doc jadi susah sebab kawasan jangkitan dilindungi warna merah inai. Jalan terakhir, doc operate buang nanah tu.” Dr Abd Rahim Nor

 

Semoga info berguna daripada Dr Abdul Rahim Nor di atas dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada wanita sebelum memakai inai.