Setiap bakal mempelai mengimpikan sebuah perkahwinan gemilang yang menjadi memori sepanjang hayat. Gemilang bukanlah sekadar definisi mewah semata-mata tetapi ia merangkumi sebuah majlis resepsi yang teratur, perkahwinan yang selesa untuk para tetamu dan sebagainya. Pendek kata, setiap sudut majlis namak perfect dan tiada cacat celanya.Umum sedia maklum, bajet untuk mengadakan sebuah resepsi perkahwinan di hotel sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Namun begitu, jika anda bijak merecana dan merancang lokasi perkahwinan yang anda impikan, sudah pasti perkahwinan yang gemilang dengan bajet di bawah RM50 ribu mampui dilaksanakan.
Jika anda merancang hendak mengadakan majlis perkahwinan, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur menawarkan Pakej Resepsi Perkahwinan pada harga amat berpatutan iaitu RM47,500 bersih untuk 500 orang tetamu. Pakej tersebut termasuklah hidangan makanan secara buffet, lokasi resepsi perkahwinan di Grand Ballroom, aras 9 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Tidak cukup dengan itu, Grand Ballroom turut mempunyai pentas kekal seluas 20 kaki lebar dan 45 kaki panjang untuk hiasan pelamin yang mewah dan mempersona. Tidak lengkap pakej perkahwinan tanpa menawarkan skrin LED percuma untuk digunakan pada majlis resepsi. LED skrin berukuran 9.6 meter x 5.76 meter ini amat sesuai untuk digunakan sebagai layar di majlis perkahwinan. Pakej perkahwinan ini turut menawarkan kek perkahwinan setinggi lima tingkat untuk melengkapkan lagi sesi memotong kek kedua mempelai. Apalah ertinya majlis perkahwinan tanpa dekorasi bunga-bungaan. Pakej perkahwinan ini turut menawarkan dekorasi bunga di setiap meja para tetamu di majlis resepsi. Turut disediakan, bilik pengantin atau bridal suite untuk pengantin.
Selain sesuai untuk majlis perkahwinan, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur turut menyediakan pakej untuk majlis bertunang dan akad nikah. Harga untuk majlis bermula dari RM70 bersih untuk seorang tetamu. Pakej ini merangkumi hidangan secara buffet, lokasi majlis bertempat di Meet_On35. Lokasi ini mempunyai pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur amat sesuai untuk majlis pernikahan pada waktu malam! Selain itu, terdapat 16 lagi lokasi lain yang boleh dipilih untuk dijadikan lokasi majlis pernikahan.
Selain itu, pakej ini turut menawarkan penginapan percuma 2 hari 1 malam untuk pasangan pengantin di bilik Deluxe termasuk sarapan pagi di Coffee House, aras 9. Walaupun majlis pertunangan sering dianggap simple, Hotel Sunway Putra turut menyediakan platform pelamin dan gubahan asas daripada hotel, sesuai untuk majlis pertunangan. Dari segi hidangan yang disediakan secara buffet pula, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur menyediakan dua pakej menu iaitu Menu Bunga Rampai terdiri daripada Kari Laksa Nyonya, Nasi Goreng Kampung, Skewer Ayam Tandoori, Roti Jala, Wantan Udang, Kek Lapis Pandan, Buah-buahan, Kopi dan Teh dan Kordial Oren. Manakala Menu Tepak Sireh pula merangkumi menu seperti laksa Penang, Nasi Goreng Utara, Satay Ayam, Murtabak, bebola Sotong Goreng, Kek Lapis Keladi, Buah-buahan, Kopi dan teh serta Kordial Sirap.
Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur merupakan salah satu vendor di Ekspo Kahwinje Lah bertempat di Hall 2, Aras 3, Mid Valley Exhibiton Centre. Kunjungi stan #25 dan stan #26, pada hari Jumaat 15hb November hingga Ahad 17hb November 2019, dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam, masuk adalah percuma untuk semua pelawat-pelawat.
Selain itu, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur merupakan antara penaja utama Fabulous MUA NONAXFCC , pencarian make up artist pertama yang disiarkan di platform digital majalah NONA.
This website uses cookies.