Terkejut tengok penampilan baharu Bonda Rozita Ibrahim! Mana tidaknya, makin anggun, sihat dan ramping. Memang ramai menyedari perubahan ibu kepada usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri. Bagi yang sering mengikuti perkembangan Bonda Rozita, pasti perasan penampilannya yang lebih bertenaga dan muda.
Difahamkan Bonda Rozita menerusi live di Instagram miliknya memberitahu followers, perubahannya hari ini adalah kerana amalan diet harian dan gaya hidup sihat. Dia juga mengamalkan Intermittent Fasting atau IF.
Selain pengambilan nasi dalam kuantiti sedikit, lebihkan sayuran dan bersenam. Jadi, tidak hairanlah pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) ini makin jelita dan sihat!
Malah beliau turut berkongsi keadaan kesihatannya suatu ketika dulu hingga ‘terdetik’ untuk tampil lebih sihat bertenaga.
“Baju raya 20 tahun lepas, tempoh usia kita makin berkurangan. Kesihatan dan kecantikan semakin merudum. Bonda kongsi sedikit tentang kesihatan saya dua tahun dulu.
Parent saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal. Dietlah macam mana pun! Akhirnya bonda ada fatty liver, saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan ! Semakin drop kesihatan saya.
Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar, tulang dan jantung. Hampir setahun saya cari solusi kesihatan saya. Semua sebab immunity drop. Kolestrol tinggi, penyebab fatty liver, saya sangka tak bahaya. Badan saya sensitive alergy pada makanan jadi inflamasi penyebab selalu bengkak”
Tambah Bonda Rozita lagi, “Akhirnya saya kenal punca disease tu dari pemakanan dan saya tak senam, kurang cahaya matahari. Saya rawat diri dari darah. Saya tetap makan produk-produk macam mega ratu, kurma dhuha, mustanir, kopi ratu setiap hari.
Walau saya berjaga makan sebelumnya, penyakit tu attack saya disebabkan keturunan, sejarah kesihatan parent saya, ada jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
Saya azam nak sihat! Wahai Allah bantulah kasi saya ilmu, saya tukar diet sihat seharian kini terbayar sudah yang menukar kesihatan saya lebih baik.”
Kagum dengan gaya hidup Bonda Rozita. Bukan hanya amalan gaya hidup semata, tapi dia juga berjaya menjadi usahawan wanita disegani ramai. Selepas berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi sejak tahun 1998, Bonda Rozita Ibrahim terus melakar pelbagai kejayaan dan tumpuannya kini lebih kepada servis hospitaliti berkonsepkan spa resort lebih dikenali sebagai Rumah Hutan Terapi Alam!
Dibuka kepada orang ramai sejak 2018, rata-rata tetamu yang pernah menginap di Rumah Hutan Terapi Alam amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Pendek kata, tarikan dan keunikan Rumah Hutan Terapi Alam menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.