Tergelak bila baca status Stacy tentang sambutan hari rayanya tahun ini. Hanya sebab nak penuhi hasrat suami tercinta yang hendak bergaya dengan baju raya hasil tangan Stacy sendiri, penyanyi lincah ini sanggup bersengkang mata hadap mesin jahit. Wow, jujurnya memang kagum dengan semangat Stacy. Tak sangka, selain bakat menyanyi dan menari ibu kepada dua orang anak ini juga komited belajar menjahit. Untung Akim dikurniakan isteri yang pandai menjaga dan menguruskan keluarga!
Kalau tengok dengan mata kasar, tak ada cacat celanya pun baju raya yang dihasilkan Stacy. Nampak normal dan cantik je.. siap ada hiasan manik lagi di baju kurung. Tapi di sebalik keindahan persalinan raya berwarna merah tu, ada ‘kekurangan’ yang dikongsikan Stacy sendiri.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Salam mohon maaf di ampun segala salah silap yang ada. Inilah hasil tangan baju raya kami tahun ini. Pengalaman yang sangat best dan lucu tapi yang penting dapat pengalaman best tu. Baju kurung saya ni jadi singkat sebab si chichal kecik tu. Kita sudah asingkan kain yang sudah digunting lepas tu dia boleh kacau pula.
Mami terpotong pendek dan sempit sbeab ingatkan itu kain untuk Beyya. Lepas tu pengalaman baju Eshaal pula mau 2 ke 3 kali alter sebab badan dia kecil sangat. Tapi yang paling best baju si Akim. Sibuk dia ingatkan tikam tulang belut di leher tu sampai mami lupa buat poket baju melayu.
Semalam tengah masukkan duit raya baru perasan tiada poket baju dia. Adoiii.. punya kecewa. Macam baju kurunglah juga dady pakai cuma tiada skirt
. Beginilah kalau hasil tangan amatur. Yang penting pengalamanlah kan? Habis rumah atuk diaorang penuh bling-bling tu sebab jatuh-jatuh.Tu lah ying (panggilan untuk Akim), I dah cakap jangan suruh I jahit. Selamat Hari Raya semua!”
Walau kedengaran lucu tapi usaha Stacy untuk siapkan baju raya mereka empat beranak memang patut diberikan pujian. Hanya yang kuat azam dan penyabar saja mampu lakukan.
Ini pula komen Akim mengenai baju raya berkenaan. “Inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni.
Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku. Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.”
Auww, sweet! Yang membaca pun tersentuh dengan ucapan ikhlas Akim. Betul tu, bukan kesempurnaan yang kebanyakan pasangan cari dalam perkahwinan mereka sebaliknya rasa hormat dan patuh itu lebih besar nilainya. Barulah kasih sayang yang sebenar-benarnya.
Tahun ini merupakan tahun kedua Stacy dan Akim menyambut Syawal bersama-sama selepas bergelar suami isteri pada tanggal 5 Februari 2016.
Sumber: Instagram Stacy Anam & Akim Ahmad
This website uses cookies.